Saturday, July 16, 2011

Mengukir arca falah dalam kesepian...


Ada sesuatu yang indah terselit dalam gambar ini.

Termenung.

Semasa mengayuh tadi...(upps!!hobi baru adalah cycling??), aku terfikirkan sesuatu. Apakah cinta itu akan kekal dengan ugutan, kemarahan dan dendam sepanjang hayat? Mungkinkah kita bersama seseorang atas dasar terpaksa memikul beban yang kita bayar atas kesilapan lalu kita sendiri atau menanggung kesalahan orang lain? Semua perkara berlaku ada sebab, dan hikmahnya. Aku faham itu, aku mengerti tetapi apalah ertinya kalau hanya sebelah pihak sahaja bahagia, sebelah pihak lagi memendam rasa?

Batuk.  Seperti aku pernah nyatakan, dan sering kali titipkan. Hidup ini, kita yang tentukan arah tujunya. Kapal yang besar dan kita nakhoda. Bawa ia belayar, halakan ke arah tempat tujuan kita. Kalau dalam perjalanan, terjumpa penjenayah lautan luas, jika boleh, hindarinya. Jika terpaksa juga melaluinya, hadapi dengan tabah dan perlu berusaha. Jika berjaya, kita akan menang bermaruah. Jika gagal, sekurang-kurangnya kita pernah berusaha, bukan sebab mengalah dan putus asa.

Arca Falah.  Dunia aku yang lesu aku warnakan dengan setiap ukiran senyuman yang membahagiakan. Tatkala orang menyatakan penat, aku dengan lagak riang gembira akan meneruskan apa yang diusaha. Ya, falah itu adalah tujuan aku. Matlamat tidak menghalalkan cara dan itu yang aku sematkan dalam kepala. Sendu dan tawa adalah perhiasan lukisan dan penyuntik warna arca.

No comments:

Post a Comment