Tuesday, July 19, 2011

Kita semua ini memang pelakon di atas pentas dunia

Awak.
Nak tahu sesuatu tak?
Ini bukan kali pertama saya jumpa manusia macam awak. Bukan.
Awak nak tahu juga tak?
Cara awak sama dengan cara dia yang membutakan mata hati saya dan mereka yang lain juga. Tetapi awak, saya bangun dan tersedar bila dia mainkan peranan atas lakonan opera. Dia silap di situ awak. Awak pula akan silap di mana ya?

Awak.
Macam dia dulu, saya pun sayang awak. Tapi kan awak, saya tak boleh nak sayang awak sepenuh hati macam saya konon-konon pernah sayang dia. Awak tahu kenapa? Mesti awak tak tahu, sebab kalau awak tahu nanti awak lari-lari anak dan merajuk dengan saya kononnya.

Ludah.
Pekat, penuh rasa meluat.
Ketawa berdekah.
Senyum kelat.

Awak.
Kita semua ini memang pelakon di atas pentas dunia. Sungguh. Saya, awak, dia dan mereka semua memang pelakon yang hebat. Kita memainkan peranan masing-masing dengan skrip yang kita buat sendiri, yang kita sulamkan dengan ketawa ceria kita sendiri. Kita coretkan kesedihan itu di dalam kanvas milik kita sendiri dan tidak mustahil, kita turut menumpahkan sesuatu di kanvas orang lain juga.

Tidak mustahil.
Betul.
Dan awak, menumpahkan banyak warna di atas kanvas orang lain.
Palitan demi palitan awak coretkan sampai warnanya bersimpang siur. Apakah itu kerja seni? Saya lebih rasa itu kumpulan dosa yang awak mungkin tidak sempat untuk membasuhnya disebabkan kotoran teramat dahsyat.

Awak.
Boleh sahaja awak kata saya keji, sebab awak pernah kata saya naif dan suci.
Ketawa geli hati.

Awak.
Kehadiran awak sebenarnya mencoretkan pelbagai rasa dalam hidup saya. Hidup yang penuh dengan suka dan duka. Saya, pemerhati kehidupan manusia, itu hakikat yang awak mungkin tidak sedar daripada penulisan saya. Saya lihat hidup manusia lain, saya belajar sesuatu daripada hidup mereka dan saya zahirkan dalam bentuk wacana yang saya pasti awak tidak akan pernah baca.

Awak.
Saya nak kongsi satu cerita dengan awak. Siapa saya yang sebenarnya disebalik watak yang awak puji-puji saya tanpa sedar bahawa awak tidak berdiri di hadapan saya untuk lihat saya sedang ketawa kecil dan tersenyum nipis dengan segala dogengan yang tidak terperi hebatnya. Saya berkongsi apa yang seorang teman menulis di Mukabuku saya pagi ini.

Tapi tak mengapalah, nanti saya tulis lain kali. Sebab apa?
Ketawa.

Ini baru prolog.
Dan yang pasti, ini bukan sebuah kisah cinta.
Ini ceritera seorang manusia yang sedang menagih sesuatu sambil menyebarkan virus lakonan dia yang penuh taburan rasa. Adakah anda sudah terjerat dengan kisah dia?

Mungkin juga.

Nota Kaki:
Tiba-tiba rasa nak menyanyi lagu 'Drama King'. Kenapa agaknya ya?

1 comment:

  1. Your pains are God’s way to rouse you from slumber. Pain is your wake-up call to awaken, to look deeper into yourself, to adjust the course of your life. God tries to be as gentle as possible, and only if you ignore the call does the pain get stronger.

    ReplyDelete