Senyum di pagi hari.
Dan aku sudah tidak tidur sepanjang malam.
Menunggu kehadiran dia di sisi.
Masih, dengan tabah.
Bisik Pada Bayu
Angin bertiup kencang, hujan lebat membasahi bumi.
Malangnya kesejukkan sang hutan tidak mampu meredakan hati yang sedang mencari makna diri.
Tangan dihulur, jari jemari cuba menggapai.
Nafas semakin pendek
Mendesah dalam mencari sesuatu yang tidak mungkin abadi.
Sejuk dan sendirian di bumi yang nyata ini.
Mahu terbang mencari sesuatu tetapi nafas dan jalur nyawa yang bakal terhenti tatkala hari bersalin wajah membuatkan diri kaku terhenti di sini.
Tiada apa yang mungkin tinggal.
Tiada apa yang bisa dikembalikan.
Dan aku masih tidak dapat membiasakan diri.
Kesepian tanpa diri kamu.
Buat aku hanyut sendiri.
Tenggelam di tempat yang aku sendiri tidak pasti.
Empunya Marga, aku tetap akan terus menanti kamu.
Pulanglah ke dakapan aku.
Aku sudah terlalu rindu.
Nota Kaki :
1. Tidak dapat melelapkan mata semalaman. Otak kurang berfungsi dengan baik.
...Tidak tidur semalaman menunggu dia muncul dan dia masih belum menjelma. Ya Allah, jangan uji aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu tanggung. Moga hari ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat kami.
*mata panda yang amat sangat
No comments:
Post a Comment