Pengasingan diri daripada dunia luar bukan beerti mahu melarikan
diri atau menjauhkan diri dari hakikat hidup yang sebenar.Sebab itu Allah
menjadikan siang dan malam. Matahari dan bulan. Semuanya untuk apa, untuk kita
gunakan sebaik-baiknya.
Mungkin malam yang sedia ada belum cukup tenang untuk memberi
apa yang kita mahu.Walaupun masih berhadapan dengan ratusan soalan yang
melintas di fikiran, sebagai tuntutan hidup kita sebagai manusia, mungkin itu
yang di namakan pilihan ketika ini. Memang benar, kehidupan itu semestinya wasatiah
atau bersikap sederhana. Mengimbangi seadanya samada duniawi dan ukhrawi.
Itulah resmi kehidupan. Samaada haiwan,tumbuh-tumbuhan dan juga manusia.
Masing-masing ada keperluan yang perlu dituruti sebagai pelengkap hidup selain
daripada beramal menyembah kepada yang Esa.
Apa yang bermain-main difikiran ketika ini cuma satu sahaja.
Kenapa kebanyakkan dari kita yang masih kabur tentang apa itu maksud masa
depan. Mungkin bagi sesetengah manusia, kekayaan itulah masa depan. Ada
juga yang berkias, persahabatan yang menjanjikan kebahagiaan. Adakah itu
membenarkan bahasa si pandir bahawasanya sekubur boleh dirasai dan nikmati
bersama
Malam,
Jika ada yang berkata kau itu membosankan, mereka mungkin tersilap. Mungkin kerana sesingkatnya malam itu atau juga malam itu rasa berpanjangan,buat mereka senang dengan andaian tersebut. Jika mereka tahu siapa kamu wahai malam yang gelap, mereka akan tahu bahawa engkaulah nikmat seribu ketenangan.
Jika ada yang berkata kau itu membosankan, mereka mungkin tersilap. Mungkin kerana sesingkatnya malam itu atau juga malam itu rasa berpanjangan,buat mereka senang dengan andaian tersebut. Jika mereka tahu siapa kamu wahai malam yang gelap, mereka akan tahu bahawa engkaulah nikmat seribu ketenangan.
Gunakan lah malam itu suatu sebahagian daripada kehidupan.
Sebahagian itu bermaksud jalinan ibadah yang tiada henti-henti buat yang
Maha Kuasa. Yang mana Allah Ta'ala jadikan malam itu buat hamba-hambanya
merehatkan minda dan juga sebahagiannya lagi untuk mencari
ketenangan.Selebihnya adalah sebagai ibadah memuji-muji kepadanya kerana diberi
kesempurnaan hidup. Bukan malam yang dijadikan itu sebagai ruang
bersenang-senang apatah lagi untuk minit-minit kemaksiatan. Kerana malam itu
lah kesempurnaan.
Jadikan malam itu juga suatu ibadah. Satu Ibadah buat muhasabah
di mana kedudukan sebenarnya kita sebagai manusia. Ingatlah ! Masa depan itu
bukan pada harta kekayaan atau berapa simpanan pencen, simpanan kwsp
yang dijangka kan. Dan juga ilmu yang kita sering cari bukan buat pengampung
diri ke puncak nama yang disanjung-sanjung. Nikmat yang Allah beri dan
kita sering cari semata-mata meraih kata tawaduk demi menggambarkan di mata
pencipta bahawa kita insan yang tersangat takut pada api neraka-Nya. Tidur juga
suatu Ibadah. Tapi bagaimana caranya? Itu soalan yang perlu kita cari
jawapannya.
Salam sayang dari jauh…
No comments:
Post a Comment