Jodoh itu rahsia Allah? Iya saya setuju. Kalau tidak, tidak akan wujudlah
permaknaan kata Qada' dan Qadar. Sama seperti soal jangka hayat kita
menghampiri kematian. Percaya akan hendaknya bermakna kita semestinya redha
atas ketentuan-Nya. Jika perasaan tawaduk itu wujud dalam diri, hati dengan
sendirinya akan berkata "Allah Ta'ala yang lebih mengetahuinya baik
buruknya buatku". Tidak usah menangis, jangan pula berasa terkesima dengan
kehadiran jodoh itu buat kita. Kerana anda akan berterima kasih jika di
akhirnya anda mengetahui kenapa dan mengapa jodoh itu buat anda dan jangan
terlalu takjub kerana jodoh anda itu tidak semestinya berpanjangan. Mungkin
hadirnya jodoh itu buat penduga hidup kita atau bersifat sementara sahaja.
Hargailah pemberian-Nya. Itu lebih menampakan lagi kezahiran rasa syukur
kita kepada-Nya.
Cinta itu cuma perasaan. Perasaan yang mungkin tidak berkekalan yang telah menjadi laluan kehidupan kita. Bukan bermakna hadirnya cinta itu, bermakna turut sekali hadir jodoh menuruti dari belakang. Dan jangan disalah ertikan apa itu cinta kerana kadangkala kita alpa serta leka dengan perasaan kita untuk lebih mencintai Allah yang Maha Esa.
Hakikat bila kecewa dalam bercinta, dicintai lebih mudah dari mencintai. Kerana mencintai memerlukan segenap tubuh dalam pengorbanan dan kesakitan. Daripada di cintai hanya perlu mendepa tangan menerima dengan hati yang terbuka bersama doa dan redha.
Mulalah beristikharah mengenai cinta pada diri. Allah pasti menemukan kita dengan orang yang sebaik-sebaiknya.
**untuk menjadi seorang pemenang, harus di dahului dengan penat lelah usaha**
**untuk menjadi seorang yang berjaya, haruslah kesusahan menjadi peneman hidup**
Seperti itu jugalah dalam mencari cinta. Ditemukan orang yang salah, tidak bermakna Allah Ta'ala tidak menyayangi kita. Itulah Usaha, untuk kita fikirkan di mana salah silapnya kita selama ini. Itulah hadiah seagung-agungnya daripada Allah Ta'ala. Insyaallah.

No comments:
Post a Comment