Aku tulis atas ubun kasih akan jalan yang dipilih dan direntas ini. Tunjang rekod perjalanan semahunya di catat menjadi bukti bahawa setiap langkah adalah terarah dan tersaksi menuju destinasi yang tertetap. Mahu juga ku taburi setiap langkah dengan hawa yang indah, maka apakala kami ditakdirkan tersungkur semahunya, terkenang juga lipatan laluan yang sudah tercerna ini.. Zahir likunya mahu juga ku kongsikan, mahu juga diasimilasikan moga pohon ini berbunga membuahkan manfaat yang jitu jika tidak harum pun memadai dengan simpulan hasil yang keluar sepanjang jalan ini..
Tuhan, pada mu ku zahirkan harapan, pada mu ku rafak kan doa, pandu lah aku ke jalan yang lurus yang tiada belok sungkur di likunya, tiada sadung jatuh di siurnya dan hujung jalan natijahnya murni bagai mekarnya pucuk di embun pagi, bagai harumnya kemboja di hening malam.. Amiin
cayunk...kau x kan rebah lagi kan?
ReplyDeleteI wanna see ur smile my dear...touch me up for the smile babe!