Duhai hati,
Engkau tahu wahai hati, Allah sedang membantu diri kamu. Untuk kembali bangkit. Allah telah memilihmu untuk merasai kemanisan hikmah. Ya, sekarang baru kau mengerti duhai hati? Saat-saat iman mu dalam kecemasan sedang dirawat kembali oleh Dia. Saat-saat kejatuhan Allah bantu untuk bangkit lagi. Dia sedang mengajarmu erti kehidupan; kerana Dia tidak memberikan apa yang kita mahu, tapi Dia memberikan apa yang kita perlu.
Duhai hati,
Alhamdulillah, engkau menerima terlalu banyak motivasi luaran dan dalaman. Allah menjadi keutamaan dalam setiap urusan. Allah itu pelindungmu, dan itu keyakinan jitu yang tidak akan berubah oleh apa pun. Aku bersyukur kerana Allah telah mengurniakan hati yang baru. Tahukah engkau, aku kini menjadi lebih sibuk. Namun, aku bersyukur kerana aku dapat ‘sibuk’ dengan urusan Allah, bukan sesuatu yang sia-sia, insyaallah. Aku juga kini menjadi semakin kuat dan semua itu kerana Allah yang mengajarku erti kehidupan dari sebelumnya.
Duhai hati,
Engkau juga tahu bukan, bahawa taklifan ini sangat berat untuk dipikul? Aku sebenarnya takut untuk berada satu saf bersama mereka yang hebat itu. Pernah aku sendiri berputus asa dalam jalan dakwah ini, hampir, namun Allah telah menyelamatkanku dan memilihku untuk berdakwah di jalannya. Haruskah aku menulis surat perletakan jawatan dari jalan dakwah ini dan berikannya kepada Rasulullah s.a.w? Kiranya jika aku berputus asa, adakah aku telah memberhentikan satu usaha dakwah? Aku tahu wahai hati, engkau terlalu rapuh. Kadang emosi sendiri. Tapi aku tahu bahawa Allah sedang mengajarku agar hati perlu kental untuk meniti satu usaha murni ini.
Duhai hati,
Duhai hati,
Terima kasih kerana engkau semakin kental. Terima kasih kerana engkau semakin memulih. Aku cuma mahukan engkau sentiasa sihat diisi dengan baja keimanan. Aku khuatir seperti kata Rasulullah;
Duhai hati,
Duhai hati,
Aku cuma punya satu harapan, semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan iman dan hati kepada jasad ini. Aku mohon diberikan kekuatan untuk meneruskan jalan dakwah ini, tidak ada pandang belakang lagi, dan aku juga mohon agar aku diberikan keyakinan dan keceriaan dalam kehidupan seperti yang aku rasakan kini. Ya, semuanya adalah kerana Allah telah mengajarku tentang apa itu kehidupan.
Nota kaki: Jangan pernah putus asa. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah~ Cinta sejati tidak akan datang dengan mencari pasangan yang sempurna, tetapi belajar dengan melihat pasangan yang tidak sempurna itu sebagai sempurna
Nota kaki: Jangan pernah putus asa. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah~ Cinta sejati tidak akan datang dengan mencari pasangan yang sempurna, tetapi belajar dengan melihat pasangan yang tidak sempurna itu sebagai sempurna
thanks coretan awk tentang segala apa yg awk telah n sedang alami ketika ini
ReplyDeletemf segalanya
sy x mampu lg krn ianya luahan pd kwn2 awk n bkn berhadapan dgn sy utk selesaikan apa yg awk rs n sedang alami kemelut hidup kita.
teruskan keupayaan awk dlm talent text utk blog awk.mdh2an awk kembali pd yg HAK sebuah kesempurnaan sebuah kehidupan sejajar dgn keperluan.Doa saya moga awk sentiasa dlm perlindungan,kemurahan dan mendapat kesempurnaan dari Maha Suci Allah swt.
wassalam
oneil ktu
k.k
sabah
kembalilah ke jln kebenaran jauhkan kemusnahan.....
ReplyDeletesy xde keperluan lg utk awk sandarkan
jawab la..iya awk..btl awk
kepuasan pd sy mendengarnya
oneil ktu
k.k
Encik Oneil, bila seseorang itu menjadi tidak realistik, mereka lebih suka mementingkan diri mereka daripada memikirkan kemampuan dan pengorbanan seseorang itu demi memenuhi kehendak yang tak munasabah terebut. Sukar untuk menjangkakan apa yang ada di dalam kotak pemikiran manusia yang segitu.
ReplyDelete