Wednesday, October 5, 2011

Nasi Goreng Mama...

Malam kian mencemburui aku rupanya, "jauh dari bumi MALAYSIA" katanya...kata ku.  Ya Allah berikan aku kekuatan untuk aku terus menekan keyboard lappy ku ini.  Untuk tatapan bacaan si pembaca setia.  Fikiran ku jauh melayang, bercampur aduk sebenarnya...

Orang yang dekat dengan aku sangat arif dengan aku dan kelemahan aku, tentunya kata-kata aku boleh dipersoalkan kerana banyaknya dosa-dosa yang masih berbekas dalam diri aku..

Dengan tiba-tiba airmata jernih ini menitis perlahan kerana suara hati ini terus merintih, melalui ranjau berliku dalam kehidupan..

'Jika rindu ini bertatah,aku harap biarlah untuk Allah. Andai rindu ini menarik resah kepadaMu aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui,Ya Allah damaikanlah hati.Biarlah resah menarik sepi.Biarlah kecewa meratap pergi.Biarlah kasih mengikat diri.Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu hati. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMu..'

Innallaha ghafurun rahim..

Sesungguhnya Allah penerima taubat dan penyanyang.. mungkin orang yang mendengar adalah lebih baik dari yang memberi...


Nota kaki: Ku rindukan nasi goreng mama sebenarnya...ku suarakan pada teman aku lapar nasi sebenarnya, tapi kosong menanti n menanti tanpa jawapan..bisu, diam, senyap!!

No comments:

Post a Comment