Monday, October 31, 2011

Surat buat dia...

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 

Salam kasih & sayang dari kejauhan

Kepada kamu yang tidak aku ketahui siapa;



Ke hadrat Allah ku panjatkan doa, mohon seluruh jasad dan imanku dipelihara-Nya dan ku mahu kau juga dilindungi-Nya. Apa khabar imanmu? Apa khabar akhlakmu? Ada lagi yang ingin ku khabarkan kepadamu. Aku akan tetap terus menulis kepada kamu walaupun aku tidak mengetahui siapa kamu dan akan tetap terus bercerita. Harap kamu sabar menunggu dan tetap terus membaca perkhabaran dariku.=)

Aku diuji dengan kaummu. Aku ingin tetap berlari jauh dari semua ini. Lalu, aku berjalan terus ke hadapan tanpa menoleh lagi namun dia tetap mengejar. Maka aku menoleh kembali ke belakang mohon dijauhkan dari dirinya tetapi dia sentiasa berusaha menjejak ku. Kemudian aku meniti perjalanan di sebelah kanan tiba-tiba aku melihat dia menyambutku dengan senyuman lalu perjalanan di sebelah kiri yang aku lalui. Ternyata aku tidak mampu berlari jauh lagi darinya. Lalu, ke mana lagi aku harus pergi? Sekelilingku ada dia, suasanaku seakan tidak selamat lagi. Aku kaget. Rimas. Tiada lagi ruang untuk ku bernafas. Ujian apakah ini?

Sebenarnya, aku tidak rela memberikan seluruh cintaku ini kepada sesiapa pun, apatah dalam masa terdekat ini. Itu yang sudah ku bicarakan tentang perihal nafsu. Perihal keseorangan dan bersendirian. Perihal menjaga hati. Moga Allah mengampuniku seluruhnya. Aku bukanlah insan terbaik untukmu. Terima kasih andai engkau sudi menungguku. Jika engkau memikirkan kesempurnaan dariku, usah lah engkau berharap lebih. Kerana aku hanyalah seorang wanita akhir zaman yang punya secebis harapan untuk mencintai kamu, bakal suamiku. 

Semalam dan hari ini aku diuji dengan kesakitan lagi. Mungkin sebagai kifarah dosa. Alhamdulillah, Allah telah menyembuhkanku walau bukan sepenuhnya lagi. Tekak masih perit untuk menelan tapi aku cuba untuk gagahi. Aku akan menantimu kelak, apabila aku kesakitan begini, pasti engkau akan menjagaku. Di sini, aku masih punya sahabat yang menjagaku dan pastinya aku sendiri yang akan menjagaku sendiri. 

Kesibukan itu sering berlegar-legar di sekelilingku. Aku harap di dalam kesibukanku ini, aku tidak melupakan-Nya. Aku harap engkau juga begitu. Baru-baru ini, aku merasakan percutian yang kulalui ibarat menjadi percutian rohani juga. Alangkah ruginya aku. Sering aku merasakan kekuatan ku yang sebenar adalah semasa aku dikelilingi oleh sahabat handai yang soleh solehah. Maafkan aku andai ikhtilatku tidak terjaga, maafkan aku andai aku terlalai seketika dalam perjuangan melawan nafsu. Maafkan aku. Aku masih berharap kekuatan untuk itu.

Aku melihat orang-orang yang soleh memperjuangkan kata-katanya, baik di kuliah-kuliah, baik juga dalam ceramah-ceramahnya atau juga tazkirahnya. Tetapi mereka sendiri diuji dengan apa yang mereka dakwahkan. Aku mengetahui cinta itu satu fitrah, tetapi kenapa mereka sendiri mencalarkannya. Aku bimbang aku juga akan melakukannya tanpa sedar.

Aku melihat akhlak mereka adalah yang terbaik (ya, aku tidak tahu apa yang tersirat dalam hati mereka) luarannya sempurna, namun perkhabaran yang ku terima, mereka sedang dalam jerat dan permainan syaitan. Bagaimana untuk aku mempercayai mereka lagi? Kata-kata mereka? Kuliah-kuliah mereka? Siapa lagi yang bakal untuk ku jadikan teladan? Itu orang yang soleh apatah lagi aku yang biasa-biasa ini saja. Bila-bila masa Allah akan mengujiku kembali. Doakan kekuatan buatku untuk terus menjaga hati.

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Terngiang-ngiang lagu wanita yang dinyanyikan oleh dehearty. Pasti aku terharu jika engkau tujukan lagu ini buatku kelak. Aku akan menunggu. Doakan aku. Aku mohon. Doakan aku kuat. Doakan aku setia denganmu. Doakan aku tetap cinta denganmu. Doakan aku mencintai Dia lebih dari segalanya. Doakan aku tabah dalam segalanya. Doakan aku ceria sentiasa. Doakan aku supaya aku terpelihara. Doakan aku cepat sembuh. Doakan agar aku sentiasa dalam rahmat-Nya dan redha-Nya. Dan doakan agar aku sentiasa terpelihara dalam hidayah-Nya. 

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

 Nota kaki:
Terima kasih buatmu yang jauh di sana sayang...









No comments:

Post a Comment