Setiap hari, ada saja kita terdengar kejadian putus cinta. Dan
setiap masa buat kita terfikir mengapa bodohnya manusia kecewa kerana cinta.
Betul kata orang, Cinta manusia boleh pergi begitu sahaja, Cinta kebendaan boleh
lenyap dan musnah sampai masanya, Cinta Illahi juga kekal abadi.
Jawapan ini hanya akan dapat kita sedari pada sesiapa yg telah
menghadapinya. Dan ketika itu, hati kecil pasti berkata, Cinta itu buta. Tapi
anda silap. Bukan cinta itu tak bermata. Tapi kerana cinta, kita buta
segala-galanya.
Pada sesiapa yang sedang kecewa kerana Cinta dunia, Cinta
manusia, masih tidak terlambat lagi untuk kita muhasabah kan diri kita.
Renungkanlah Cinta yang sebenar-benarnya Cinta. Ingatlah!! setiap kejadian yang
di ciptakan,setiap kejadian dugaan yang menimpa diri kita, ada hikmah di sebalik
yang kasyafnya jauh dari pandangan mata kita. Mungkin juga Allah menghadirkan
"DIA" untuk kita belajar sesuatu dari perhubungan tersebut, dan
setiap pelajaran dari pengajaran tersebut akan kita gunakan pada perhubungan
yang seterusnya...Dan mungkin juga pada pemilik Cinta sebenar yang ditakdirkan
untuk diri kita.
Pada yang pernah atau berhajat untuk mengkhianati Cinta,
fikirlah sejenak apa yang sedang anda lakukan ketika ini. Wajarkah anda
teruskan niat tersebut? Teruskan lah niat itu jika niat itu mendatangkan
kebaikan pada semua pihak. Tapi jangan di lupa, setiap kejadian salah langkah
dari perbuatan kita, ada pembalasan khas buat kita. Jangan dilupa, Allah
sentiasa memerhati mata hati dan sentiasa mendengar keluhan orang yang sentiasa
teraniaya.
Jangan terlalu kecewa dengan "Cinta Biasa". Sedang
kita mengalirkan air mata, si "DIA" sedang Bersuka ria. Apa faedahnya?
Dan jangan disalahkan takdir-Nya, kerana setiap apa yang berlaku hadiah
pemberian dari-Nya buat kita.
Nota kaki: Ditelan kegelapan malam…
No comments:
Post a Comment