Saturday, October 8, 2011

Bila jari mencengkam kalam..

Tajuk entri kali ini. Mungkin hanya dia yang tahu, apa makna di sebalik tajuk tersebut. Tiada apa maksud selebihnya selain bila jari ni mula menaip kata-kata kosong yang mungkin meringankan beban di hati. Terlalu rumit hidup bila disimpulkan satu persatu. Nafas yang bersisa ibarat sehelai daun yang berusaha melekat pada tangkainya.


Ya. Hidup ini seperti sehelai daun. Hidup sambil berpaut di pohon yang kukuh. Berdoa sambil mengharap semoga segala usaha seterusnya membuahkan hasil. Hasil itu lah di sebut "bahagia". Satu perkataan pengharapan pada semua anak adam. Mengharap perkataan itu sentiasa kekal sehingga terputus nafas dari jasadnya.

Tapi kadangkala kita terlupa, satu hari daun itu pasti akan berterbangan ke udara. Bukan kerana usaha tidak upaya, bukan kerana jiwa si dahan mula membenci. Ini lah di sebut suratan takdir. Takdir jua penentu segala. Jangan di salahkan si dahan, jangan membenci penat lelah usaha. Kerana jika ingin menjadi sekeping daun yang berharga, jangan di lupa, suatu masa pasti nya mencecah ke tanah juga.

*psst...nota buku aku ini...*

Tapi daun juga berharap, akan ada ruang di hati si pohon sampai akhir hayatnya..

Begitulah kehidupan. Hidup berdasarkan setiap nafas-nafas impian. Impian penuh harapan. Suatu masa, mungkin terjadi, mungkin juga sebaliknya. Jika terbang melayang di awangan, jangan kau lupa pada si tanah. Pada yang masih di tanah, jangan di di fikirkan bila berada di tempat yang tinggi, semuanya akan indah. Hidup di bawah lebih selesa, kaya dengan suara-suara gembira berbeza hidup tinggi mengawan, hidup penuh sunyi dan sepi keseorangan..

Kita semua sama. Tiada apa yang berbeza. Hanya insan biasa. Cuma yang membezakan kita. Amalan Dosa dan Pahala di mata-Nya.

Jadi, mana pilihan sebaiknya.. Apa maksud bahagia sebenarnya.. Kehidupan ini memang sempurna. Cuma cara kita yang dapat mengaplikasikan segala yang ada di depan mata. Jangan mengeluh..jangan mengeluh. Dan jangan mengeluh. Ukir senyuman, dan terus menyusun langkah.

Nota kaki: Jangan lupa pada si pohon dan dahan. Kerana tanpa kedua-dua nya, kita tidak mungkin menjadi sehelai daun yang kering..

No comments:

Post a Comment