Tuesday, October 4, 2011

Kemewahan...

Semua orang mahukan kemewahan dalam hidup. Siapa yang ingin hidup dengan penuh kepayahan, penderitaan serta kesengsaraan? Aku percaya tiada siapa menginginkan hidup penuh kesakitan setiap hari kecuali entah apa yang merasuk pemikiran sedemikian.

Dan anehnya, bila menyatakan kemewahan, semua orang akan memikirkan sesuatu yang bersifat kebendaan semata-mata. Tetapi adakah mereka tahu bahawa nikmat kesihatan, kasih sayang adalah suatu kemewahan juga? Dan aku memilih untuk mewah dalam kasih sayang. Ya, itu yang aku mahukan dalam hidup.

Jujurnya aku merasakan, apabila kita mewah dengan kasih sayang, segalanya akan mudah untuk mendapatkan nikmat kehidupan lain yang menyumbang kepada kasih sayang itu sendiri. Kesihatan, harta benda dan perkara lain. Jiwa yang tenang seperti yang diperkatakan oleh seorang..mungkin

Dan, apakah kemewahan yang anda mahukan dalam hidup sekarang ini?

Nota Kaki : Kaku seketika bila ada yang cuba memahami diri ini... senyummmm...pEmAnDu..

No comments:

Post a Comment