Friday, October 14, 2011

Ulang Tahun Kelahiran Yg Ke-27 Tahun

Senyap.Sepi.
Biar aku simpan sendiri.
Merenung ke dalam diri.
Pasti.

Jam berdetik.
Si Hitam berdering mengalunkan irama yang menceriakan diri ini.
Selamat Ulang Tahun Izzati.
Anda sudah 27 tahun hari ini.

kaki kecil ini...

Sudah dewasa kini...

Aku yang bernama Nur Izzati Binti Shafii

Al-Quran ini ku selak untuk terus menjadi pendampin terhebat ku kini

Masih ada ruang kosong itu...

Menghitung hari, masa & waktu...tapi bila

Dalam perjalanan ini…
Hening subuh, dingin.

Titisan air yang menitis dari dua mata ini dikesat bersungguh sambil mata kerap menjeling ke arah jam yang berdetik di dinding beku. Acapkali mata salah memandang waktu sebenar dan yang sepatutnya.

Diam.
Telefon genggam berbunyi di peti simpanan masuk, tangan segera mencapai. Yang pastinya, Pesanan ringkas itu tak perlu dijawab terlebih dahulu sebelum fikir entah apa-apa. Suara di hujung hati ini, mersik dan bergema.

Mendengar suara hati ini penuh prihatin bertanya, air mata yang di empang selama berhari-hari musnah lagi, mengalir deras begitu sahaja. Sekali lagi hati ini mendengar tangisan penuh duka dari hati yang kuat tapi rapuh atas nama cinta. Rasa marhaen penuh celaka apabila air mata berguguran dan hati yang terlampau baik itu hanya mendengar dan memujuk penuh berjaga.

Masih kemas ku bawa ke mana-mana pemberian ini...

Apakah masih ada erti itu...

Butir bicara yang keluar acapkali tersekat dengan tangisan yang bukan dibuat-buat. Nafas berombak, memikirkan diri yang sudah tidak terurus. Ah, kegilaan apakah yang merasuk sehingga diri sendiri terabai entah mengapa. Air mata mengalir laju bila setiap patah bicara terhambur pada butir bicara pesanan ringkas itu.

Aneh.
Dada lapang walaupun air mata tidak sirna menghilang.
Otak kejang.
Sakit rahang.
Mata merah menyala bagai saga potong lesen terbang.

Tamat di sini.
Masa berhenti
Ini tulisan hari ini…di awal 2:09 am di sebuah hentian usang…
Tentang siapa, itu kena tanya diri.

Kembali ke azali - Terlalu banyak yang dikorbankan - terlalu banyak yang dipendam - terlalu banyak yang disimpan. Yang paling utama, seiring peningkatan usia, seharusnya Iman dan Amal juga bertambah, insyaALLAH.

Bayi comel yang dilahirkan tanggal 14 Oktober 1984.
Bayi yang dilahirkan seberat 2.9  kilogram yang telah membesar sehingga tidak terpikul bebannya. Senyuman Ayah & Mama yang membesarkan sehingga kini adalah motivasi, perangsang terbaik dia dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia.

**piccas ini bersama Abg Yoe (di kiri) & Nur Izzati (di kanan)**

Terima kasih buat Ayah & Mama.
Tanpa kalian, anak ini telah lama rebah tanpa sokongan. Tanpa kalian anak ini tidak mungkin ada di dunia yang fana ini. Tanpa kalian, anak ini tidak mungkin tercipta.

Terlampau banyak pesanan penaja yang diterima.
Perkahwinan, Pekerjaan, Pengajian.

Pengajian.
Telah dilunaskan dan insyaALLAH, tetap akan berusaha memberikan yang lebih baik selepas ini. Mimpi yang dibentuk tidak akan mudah terpadam secara sia-sia. Tidak akan dan tidak pernah akan padam selagi nafas dan kudrat mampu dikerah.

Pekerjaan.
Doakan yang terbaik. Moga-moga ada rezeki yang bakal menjelma penghujung tahun ini. Tuhan, bantulah hambamu ini. Dia masih mencari dan bantulah dia mengenal erti makna diri. Biar tangan yang disangka hanya mampu mengetuk papan kekunci, juga boleh meggegarkan dunia dengan kudrat yang satu.

Perkahwinan.
Perjalanan itu masih terlalu jauh. Tangan tidak mahu menggapai ini buat sementara waktu. Biar masa yang menentukan yang terbaik berkat doa Ayah & Mama. Amin.

Nota kaki : Hanya mahu tersenyum hari ini. Hanya itu sahaja.

2 comments:

  1. Adakah seseorang telah berjaya menjadi penghuni hati mu, adakah dikau sudah mula merasa rindu apabila tidak bertemu atau mendengar suaranya. Jika ada sudikah dikau berterus terang padanya.

    ReplyDelete
  2. ••► Duhai sahabat, Letakkanlah CINTA ALLAH mendahului cintamu yang lain, kerana hanya Allah yang menaburkan benih cinta kamu kepada insan yang kamu cintai..
    Salam Kasih dan Sayang buatmu Izzati..
    Selamat Menginjak usia... Maaf lambat mengucapnya...

    ••► Duhai sahabat, JANGAN kau sia-siakan USIA remajamu dengan duri-duri maksiat kerana nanti dihujungnya kau pasti KECEWA.. ...

    ••► Duhai sahabat , Berusahalah jadi yang SOLEHAH jika kau mahukan yang SOLEH dan berusahalah jadi yang baik untuk BERTEMU dengan yang lebih baik...

    * feliz *
    - reeneszniy -

    ReplyDelete