Monday, October 17, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Setiap hari dengar lagu ini.
Dalam radio biasanya.
Ada bait-bait yang menyentuh rasa.
 
 
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
 
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
 
******
Kenapa aku sebak dengar lagu ini?
Jawapannya pasti ramai yang sudah tahu.
Senyum.
Nota kaki :
Tanpa silam aku, mungkin aku tidak sekuat ini.
Tanpa apa yang aku tinggalkan dibelakang, aku mungkin manusia yang tidak berjaya.
Tanpa segala kepahitan yang dilalui, aku mungkin bukan siapa yang kalian kenal hari ini.
Berbual dengan seorang kawan membuatkan aku lebih menyedari, bahawa hidup manusia adalah satu fragmen yang indah dan penuh warna. Ujian dan cabaran dilalui untuk membina kehidupan...

1 comment:

  1. Buat Izzati...

    Adikku, aminkan doa ini agar kesedihan kita menjadi kebahagiaan "Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kpd kami ketika kesedihan mengisi hari kami, kemanapun kami melangkah Engkau menyertai kami, dlm kehilangan, kesakitan, kesepian, & terluka kami. Kuatkanlah kami dlm menjalani hidup ini untuk menebarkan cinta & kasih sayang bagi sesama."

    * sekadar penguat semangat buatmu.. insyallah
    - reeneszniy -

    ReplyDelete