Terima kasih ku kepada Mama, tidak mencukupi.
Ku rindu masakan mama...nasi minyak mama
Setiap
kesakitan yang pernah ditanggung oleh seorang Mama demi memastikan makhluk kecil
yang berada dikantung perutnya itu sentiasa dalam keadaan baik sehinggalah
dilahirkan melihat dunia, tidak akan pernah terbayar oleh seorang anak.
Kesakitan
seorang Mama tidak berhenti setakat saat melahirkan seorang bayi. Selepas
kelahirannya, seorang Mama perlu menjaga, mengasuh dan berkorban pula untuk
makhluk kecil itu. Bertahun-tahun Mama disapa ketidakselesaan dalam tidur
malamnya.
Sungguh
tidak mudah sebuah pengorbanan seorang Mama.
Saya
kira, kita tidak akan pernah tahu perasaan seorang Mama selagimana kita tidak
menjadi Mama kepada seorang anak. Mungkin kita akan dapat memahami sedikit
perasaan seorang Mama, tapi tidak akan pernah merasainya.
Mulianya
seorang Mama, sehingga ALLAh dan Rasulullah SAW juga turut memuliakan, bahkan
Islam itu sendiri. Besarnya pahala mati syahid fi sabilillah. Tapi lagi utama
lagi berkhidmat kepada kedua orang tua jika kedua-duanya dalam keadaan yang
uzur dan tiada orang dapat menguruskan mereka dengan pemergiaan anak tersebut.
Sesudah
anak-anak meningkat dewasa, seorang Mama masih lagi dibebani dengan perasaan
bimbangkan anak yang tidak berada dihadapan mata. Lantas itu, doa demi doa
dipanjatkan kepada ALLAh Ta’ala. Moga anak yang berada di kejauhan sentiasa
sihat walafiat dan sentiasa berjaya dalam hidup.
Kepada
Mama, Terima Kasih
Saya
tahu. Saya sesekali tidak akan layak bercakap mengenai kasih-sayang Mama
terhadap saya. Kadang-kadang akan terasa seperti mahu lemas dek kerana dalamnya
cinta Mama terhadap anak-anaknya; adik beradik dan saya.
Saya
masih tidak dapat berbakti banyak kepada Mama.
Dan
saya tidak segan untuk mengaku bahawa saya bukanlah anak Mama yang terbaik
dikalangan adik-beradik yang lain. Tapi satu kepastian yang sangat pasti, Mama
itu selalu jadi yang terbaik buat diri saya. Akan selalu, dan selalu.
Saya
akan selalu memerlukan Mama. Tidak kira usia berapa sudah pun saya.
Sungguh.
Tiada kata yang dapat diungkapkan oleh seorang anak untuk menandingi
kasih-sayang seorang Mama terhadap anaknya. Dan tiada harta benda yang dapat
menggantikan segala kesakitan yang dialami oleh seorang Mama demi seorang anak.
Tidak akan pernah!
Jika
diizinkan umur ini masih panjang. Berharap moga saya dapat membahagiakan Mama
selalu. Moga segala perbuatan saya mendapat restunya yang membuahkan senyuman
dibibirnya. Semoga saya menjadi seorang anak yang baik untuknya.
Terima kasih
Bonda. Atas kecintaanmu terhadap anakmu.
Nota kaki: Semoga anakmu ini dapat menjagamu pada hari tuamu dengan sebaiknya.
No comments:
Post a Comment