Saturday, October 8, 2011

Berkata Cinta

" Saya suka awak. Tidak bermakna saya cintakan awak. Saya sayangkan awak. Tak bermakna Cinta dalam hati saya ini milik awak "


Orang selalu kata, bercinta itu lazim dan wajib bagi setiap kehidupan manusia. Tapi hati saya selalu berkata, adakah cinta itu akan hadir untuk diri saya sekali lagi? Selepas saya kecewa bila saya kehilangan rasa mahu bercinta. Mungkin terlalu bongkak dan angkuh saya katakan, sejarah lama membuat saya terlalu berhati-hati dalam berhadapan dengan persoalan cinta.

Hari ini, saya jumpa cinta yang baru. Semalam juga saya berselisih dengan bayang yang sama juga. Tapi hati saya masih tak pasti, sama ada itukah cinta yang saya cari selama ini. Makin berharap kepada yang Maha Esa memberi apa yang saya impikan. Mungkin terlalu jumud jika saya katakan, saya juga seperti mereka-mereka yang selalu memperihalkan soal cinta. Barangkali, kehidupan dan kisah yang lepas, membuatkan saya lebih matang dalam menilai apa itu cinta.

Pada kebiasaannya, bila berjumpa atau terserempak dengan sahabat lama, sudah menjadi pemahaman hidup apabila ditanya soalan yang hampir sama. Susah sangatkah nak cari seorang suami? Jawapan saya cukup mudah. SUSAH. Mungkin setiap manusia mempunyai pilihan. Begitu juga dengan saya. Salahkah jika saya memilih mengikut gerak hati saya sendiri berbeda dari orang lain lebih selesa memilih dan menilai cinta dengan menggunakan penglihatan mata semata-mata.

Adik kata, cinta tu tak boleh di paksa. Ada benar dan persamaan yang saya maksudkan di sini. Cuma cinta saya pada manusia, mungkin tak akan sama macam mana manusia lain fikirkan. Untuk Adik, mungkin pengalaman lepas dapat membuatkan saya lebih matang dalam menilai apa itu cinta. Hilang sekali tak bermakna, kita tiada harapan untuk memilikinya. Cuma masa dan keadaan yang telah di tetakan untuk kita untuk bersama dengan cinta belum lagi tiba. Tapi yang pasti, cinta itu ada untuk kita. Jangan kecewa dalam menunggu cinta. Kerana cinta itu perasaan. Bukan kebendaan. Sebab itu saya tak akan bersetuju bila orang berkata " Jangan kecewa mencari cinta". Kerana cinta itu bukan barang jadian yang boleh kita jumpa di mana-mana.

Nota kaki:  Pada yang sudah memiliki rasa cinta, Jangan takut untuk kehilangan cinta, kerana rasa cinta itu hadir dari yang Maha Esa. Dia berhak beri kepada sesiapa sahaja untuk kedua kalinya

No comments:

Post a Comment