Monday, October 17, 2011

Celoteh semalam buat ibu sayu...adik


Cinta.
Kasih sayang sesama manusia.
Itu semuanya hanyalah bait-bait perkataan yang tidak membawa sebarang erti sehinggalah datang seseorang yang memberikan makna tersendiri kepada kamu. Setiap orang bahkan merasakan perasaan yang berbeza walaupun mereka mengakui dilamun rasa cinta yang bahagia. Ah, bahagia itu bahkan tidak dapat disukat dan penimbangnya pastilah berbeza berdasarkan insan yang merasainya.



Benar bukan?
Senyum.
Kadangkala betapa beratnya sesuatu kesalahan itu, seseorang itu perlu diberikan peluang seterusnya agar dia dapat memperbaiki kesilapan kali pertama yang mungkin terjadi akibat diri yang tidak matang dalam membuat keputusan ataupun pengaruh unsur luar. Tidak semestinya kita mahu terus menghukum mandatori kepada mereka yang menyakitkan itu. Peluang mungkin wajar diberikan agar dalam kesesatan mencari kebahagiaan, ada jalan yang terang dan bersuluh dalam menempuh hidup penuh warna.

Senyum lagi.
Peluang yang entah kali keberapa juga boleh diberikan sesuka hati kita memandangkan kita yang lebih kenal dengan situasi yang berlaku dalam hidup sendiri. Seringkali aku percaya sehingga aku punya kehidupan sendiri dan dapat menentukan apa yang terbaik dalam hidup aku, aku mungkin tidak layak berada dalam lingkungan mereka yang mempunyai hubungan istimewa. Sekali lagi, itu mungkin hanya terbatas kepada aku sahaja. Aku yang masih mencari apakah yang sebenarnya aku mahukan sebagai manusia beku yang acapkali hilang perasaan.

Hubungan istimewa.
Tidak kira ia cinta ataupun sekadar sebuah persahabatan, ia sesuatu yang mustahil akan terjadi begitu sahaja. Ia bahkan mengambil masa, kesabaran, ruang dan manusia yang betul-betul mahu bersama di dalamnya. Yang pastinya, pasti akan berlaku komunikasi dalam sesebuah hubungan kerana tanpa elemen tersebut, ia membenarkan perkongsian pendapat serta menghalang sebarang keraguan ataupun anggapan liar berlaku. Walaupun sedemikian, jika komunikasi berkesan berlaku, kesilapan dalam hubungan kadangkala berlaku apabila hati manusia di dalam hubungan tersebut berubah. Itu sesuatu yang kita sendiri tidak dapat mengawalnya.

Ada sesiapa yang dapat mengawal hati manusia?
Kalau ada, beritahu aku boleh?

Ketawa.
Kita hanya mampu beusaha dan berdoa agar hubungan yang dibina akan menemui kebahagiaan yang dicari. Mungkin setelah gagal beberapa kali, kita akan belajar untuk melepaskan ia pergi dengan hati terbuka dan tidak menyesakkan pemikiran dengan benda lain yang menghalang kita daripada bergerak ke hadapan - meneruskan hidup yang dipersiakan sehingga ada yang terkorban dan dikorbankan. Ia mengingatkan aku kepada seorang teman yang pernah aku hidup bersama pada suatu ketika.

"Sayangku Izzati. Kalau kamu semakin hilang diri, aku dan dia mungkin bakal kehilangan matahari kami. Kami tidak pernah melupakan apa yang telah kamu usahakan sehingga kami mampu menjadi suami isteri. Satu sahaja aku pohon dari kau, pulangkan balik matahari kami walaupun sejauh mana kamu lari"

Pesanan yang cukup istimewa itu membuatkan aku senyum dan ketawa hingga mengalirkan air mata. Indahnya hidup sehingga aku tidak punya ruang untuk membencinya. Aneh kerana sejak dua tiga hari ini ada sesuatu yang pernah hilang tiba-tiba kembali muncul semula walaupun keanehannya sudah aku tidak hiraukan dengan sebarang kata-kata tetapi hanya gelak ketawa sendirian cuma.

"Rindu. Rindu nak tengok kamu senyum, rindu nak tengok kamu kepenatan, sibuk dengan kerja, rindu nak tengok kamu tersengih riang setiap kali terpandang wajah-wajah yang memerhatikan kamu. Rindu dengan Izzati yang begitu. Tapi tak rindu kena pukul dengan kamu sebab sakit"

Perlukah ada peluang lagi?
Senyum.

Aku sendiri tidak mengerti apakah peluang yang perlu diberikan.
Aku: Salam adik, buat ape?
Adik: Takde watpe, tgk tb
Aku: Cerita ape tu dik?
Adik: Tgk berita laa..
Aku: Aik, bukan news dah abis ke dik? biar benor adik ni?
Adik: Tadi la tgk berita..skrg dok tawoo citer mende.
Aku: Adik tido pukul berapa?
Adik: Biasanya awai pun pukul sepuloh dan paling lambat pukul 2:30pg.
Aku: adik buat pe tido lambat sangat? Main mukabuku ke sayang?
(..ada suara menyampuk duk mukabuku sampai pagi)
Adik: Mane ade, doh lame dop buke, 3minggu doh...belajor la, ulangkaji pelajaran, bace ujang, komik
Aku: Baca buku oklah dik, tapi takmo bace ujang n komik lagi ok, dok molek.
Adik: Yelah. Ok
Aku: Adik taknak duk KL/Putrajaya dah ke? Sekoloh sini..
Adik: Takmoh ahh, dokbeh, kawang2 dok ramai, bosang sebab ****************** (terpaksa disensored kan)
Aku: Lorr kenapa camtu? Sini laa best, boleh g jalan2 n mcm2
Adik: Hmmm nanti nok g sana, nok ajak ********** gi I-City laa ok
Aku: Hehehe, ok aje nanti kabo deh
**************************************************************
(sebenarnya sangat panjang perbualan adik dan si ibu ini)
Aku: Oklah adik, jgn tido lewat ok, jgn lupa belajar rajin2
Adik: Ok baik lah!

Ketika ini...saat ini...aku kehilangan nafsu untuk menulis. Hehehe, kerana aku tersenyum gembira dengan keletah si anak kecil Nurdiana Natasha, akan ku hadiahkan kasih & sayang buat Ika, moga Ika boleh menjadi penyeri hidup kami dan seterusnya melengkapi kehidupan kami kan...

Pagi tadi, usai aku solat subuh...
Aku basah dengan air mata.
Aku sudah basah.
Maafkan aku cik muncitt, nilai kebergantungan aku pada kamu sangat tinggi.
Apakah aku mampu melihat kesedihan menyelubungi kamu?
Tidak.
Aku menunggu.
Aku masih menunggu.
Air mata aku diseka ke tepi.
Aku sayang kamu.


Walaupun untuk diri aku sendiri, walaupun demi kamu sekalian.

1 comment:

  1. Salam Saudari Izzati Shafii...

    KENAPA AKU DIUJI ??
    QURAN MENJAWAB :
    Qs. Al-Ankabut : 2-3
    “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

    KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
    QURAN MENJAWAB :
    Qs. Al-Baqarah : 216
    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

    KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
    QURAN MENJAWAB:
    Qs. Al-Baqarah : 286
    “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

    KENAPA FRUST???
    QURAN MENJAWAB :
    Qs. Al-Imran : 139
    “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

    BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
    QURAN MENJAWAB :
    Qs. Al-Baqarah : 45
    “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

    APA YANG AKU DAPAT ???
    QURAN MENJAWAB :
    Qs. At-Taubah : 111
    “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

    KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
    QURAN MENJAWAB :
    Qs. At-Taubah : 129
    “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

    AKU TAK SANGGUP !!!!
    QURAN MENJAWAB :
    Qs. Yusuf : 12
    “….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
    dan segudang pertanyaan lagi yang keseluruhannya pun dapat dijawab oleh Sang Pemilik Semesta Alam. Nah, cukup jelaslah bahwa Allah-lah yang memberi kita cobaan permasalahan, pastilah Allah akan menurunkan pertanyaan beserta jawabannya! Hanya Allah sandaran manusia...

    *hanya kata2 nasihat*
    - reenezniy -

    ReplyDelete