Sejak kebelakangan ini, lagu yang sering berkumandang di dalam
ruang sempit empat persegi berwarna biru itu adalah lagu "Aishiteru"
oleh Zivilia Band. Ada sesuatu pada setiap bait lagu itu walaupun hakikatnya
aku tidak mengerti apa kaitan "Aishiteru" dengan "Menunggu".
Aishiteru maksudnya "Aku Cinta Padamu" (dalam bahasa Jepun,
manakala Menunggu itu seharusnya perkataan lain. "Matteru yo"
- adalah menunggu awak (sepanjang pemahaman aku selama ini). Tetapi, tidak
mengapalah, aku suka lagu itu.
Walau raga kita terpisah
jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Itu antara bait yang aku suka pada lagu tersebut. Salah seorang
dari kenalan aku menyatakan lagu itu "gagap" pada penghujung dua
rangkap di atas. Ah, kadangkala ia menggambarkan perasaan kita sendiri bukan?
Adakah kita dengan lantang mampu mengucapkan rasa kasih sayang pada seseorang?
Mungkin sesetengah dari kita boleh tetapi bagaimana yang lain? Hanya mampu
memendam perasaan dan mencari ruang yang entah bila akan kunjung tiba hanya demi
meluahkan rasa suka. Setiap manusia itu kan tidak sama?
Senyum.
*terima kasih kak reen untuk buku ini, terima kasih jugak kerana jadi pendengar setia hati saya ye...love akak!!*
Kadangkala dalam menggambarkan perasaan suka kita, kita
melakukan perkara bodoh yang mampu mengguriskan hati manusia yang kita cinta
sama seperti kita cuba menafikan pada orang lain bahawa kita sedang diulit
perasaan bahagia sendirian ataupun meyakinkan diri bahawa biarlah segalanya
berjalan dengan rahsia supaya tiada siapa yang mampu mengacau kesempurnaan
kehidupan yang didambakan.
Aneh.
Manusia itu unik.Manusia itu pelik.
Tetapi hanya manusia yang memahami manusia secara seluruhnya.
Kasih sayang dan cinta itu kadangkala macam kau menunggu di stesen kereta api. Kadangkala kereta api akan sampai, tapi bukan ke destinasi yang kau mahukan. Kadangkala, kereta api akan terlepas walaupun telah lama menunggu. Kadangkala tersalah membeli tiket. Menunggu terlalu lama, tetapi kereta api tidak juga kunjung tiba mengikut jadual. Bila terlalu lama menunggu, mula putus asa, tetapi akhirnya kereta api tiba.
Adakah kita manusia yang akan terus menunggu?
Manusia yang sembunyikan perasaan dan teruskan menunggu?Ataupun manusia yang enggan menahan lagi perasaan dan terus berdiri meluahkan hati yang terbuku?
Saya suka awak.
Saya cinta awak.
Saya ingin memiliki awak.
Saya tidak perlukan
berjuta alasan untuk mencintai awak.
Kehadiran awak dalam
hidup saya sudah memadamkan segala alasan yang saya boleh cipta demi cinta
awak.
Mungkin kadangkala saya
bersikap sambil lewa, dingin ibarat musim salju tetapi awak tetap manusia yang
saya tunggu setiap hari dan bukannya secara rawak.
Awak manusia yang saya
ingati bukan setakat dalam pemikiran tetapi dalam setiap doa yang saya
panjatkan pada Maha Esa.
Awak mungkin ketawa bila
menyedari semua ini, tetapi ini sesungguhnya bukan lawak.
Bergantung kepada keadaan juga bukan?
Senyumlah demi kebahagiaan sendiri.
Hidup kita, kita yang tentukan.
Nota Kaki :
Menunggu sepanjang hari bukanlah satu kebodohan kerana di
situlah apa yang kita mahukan sedang diuji. Apakah kita mampu menunggu
seseorang sepanjang hayat?
Aku setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Kahlil Gibran. Dia
menyatakan, "nilai dari seseorang itu di tentukan dari keberaniannya
memikul tanggungjawab, mencintai hidup dan pekerjaannya. "
untuk menjadi wanita terbaik, contohilah seperti pohon semalu dan ingatlah wanita juga ada kelebihan dan bersyukurlah dengan kejadian kita samada lelaki mahupun perempuan kerana masing masing ada peranan dan kelebihan. ok? ;)
ReplyDeleteDalam Islam, wanita bukanlah musuh atau lawan kaum lelaki. Sebaliknya wanita adalah sebahagian dari lelaki demikian pula lelaki adalah sebahagian dari wanita, dan keduanya bersifat saling melengkapi.
"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)
Salam sayang...jejaka yang ingin mendekati mu