Thursday, October 13, 2011

Sempurna...

Pernah orang kata kesempurnaan bukan boleh membahagiakan seseorang. Aku percaya ramai di antara insan di dunia ini mahukan pasangan yang sempurna. Tidak dinafikan diri aku juga. Tapi pernahkah kita terfikir bahawa kita berpasangan adalah untuk memperbaiki dan melengkapkan satu sama lain. Biarlah dia tak sempurna dan ada kekurangan. Itu adalah tanggungjawab kita untuk menjadikan dirinya ada kelebihan. Bagi aku lagi jangan takut untuk berubah demi kebaikan bersama. Aku sanggup tidak menjadikan diri aku kerana cinta. Pasti orang kata aku bodoh untuk berbuat demikian. Tapi apa salahnya untuk kebaikan diri aku dan orang lain. Aku sentiasa akan buat yang terbaik untuk orang yang aku sayang. Pernah juga aku tidak tahu apa lagi yang perlu aku lakukan untuk membahagiakan orang lain. Betul kata mereka, ini adalah hakikat perhubungan dan juga kehidupan. Tapi kenapa manusia perlu ego? Bagi aku prinsip itu bukan ego. Jangan sesekali kaitkan prinsip dalam keegoan kita.

Jangan menilai aku dengan dengan kesalahan aku dan jangan menilai aku dengan kebaikan aku. aku bukan malaikat dan aku bukanlah syaitan. Aku adalah manusia biasa yang dicipta dengan emosi, sifat, dan akal. Aku pasti setiap manusia akan buat terbaik yang termampu untuk diri mereka dan orang lain. Namun ada juga yang hanya lihat pada keburukan dan kelemahan orang lain hanya dengan satu sifatnya sahaja. Tidak kira samada kenal atau pun tidak. Aku jarang menilai orang terutama orang yang aku tidak kenal. Walau musuh pada aku, aku tetap membantu dalam apa jua keadaan. Kerna aku percaya InsyaAllah orang yang kita tidak jangka akan membantu kita kelak. Mungkin musuh kita sendiri bukan teman rapat kita.
Cruse Tasik Putrajaya....

Nota kaki: Cik Puan Ibu, ketabahan mu adalah siapa diri mu kini...



No comments:

Post a Comment