Tuesday, October 18, 2011

Kembali muncul...

Cuba untuk update blog aku, tapi aku masih belum ada masa yang sesuai dan cerita yang sesuai. Aku sendiri tak mengerti apa yang patut aku tatapkan di sini. Adakalanya aku mula takut dengan apa yang terjadi. Sebenarnya banyak yang telah aku catatkan, Cuma aku masih belum tatapkan di sini. Bukan sebab aku takut untuk tatapkan pada semua, aku masih belum tahu masa yang sesuai untuk aku mulakan. Namun bahawasanya, ia adalah apa yang aku fikirkan pada waktu itu dan ia bukan dituju kepada sesiapa mahupun menjatuhkan orang lain. Ia perlu dikongsi bersama supaya aku boleh mengingatkan diri aku dan juga orang yang sudi membaca nya.

Aku mendapat waktu untuk aku mula berfikir. Setiap pengalaman aku mula kembali muncul. aku mula tertanya pada diri aku, adakah ini jalan yang betul aku lalui? Adakah aku perlu mulakan sekali lagi? Perlukah untuk aku berhenti di sini? Atau haruskah aku teruskan dengan hati terbuka?

Kerana aku lebih mengenali diri aku. aku tahu kemampuan aku. aku tahu kebatasan aku. jangkaan aku sentiasa tepat. Cuma waktu dan keadaan belum lagi memihak pada itu. Aku terima apa yang berlaku, mahupun yang telah dan bakal berlaku. Memang hidup aku memilih jalan yang sukar. Aku tidak tahu berkongsi perjalanan hidup seharian aku. aku percaya tidak semua yang mahu tahu tentang itu. Aku bukan manusia yang hanya tahu untuk menunggu kenyataan dan takdir hidup. Tapi adalah insan yang sentiasa terima hakikat sebuah kehidupan. Setiap langkah yang aku ambil, bukan hanya untuk diri aku. sejak aku lahir, aku hidup dengan keadaan yang memaksa aku menjadi insan yang memikirkan kehendak orang lain. Semakin hari aku mula keliru adakah itu satu kebaikan atau sebaliknya. Untuk aku tidak menjadi seorang yang hanya menjaga kepentingan aku, itu adalah sifat sebenar aku. memikirkan perasaan dan kehendak orang lain sudah menjadi lumrah hidup aku.


~ aku cuba utk kuatkan diri dengan segala yang berlaku... ku tetap tempuhi hujan, ribut, panas dan segalanya sendiri ~

~Awan tetap ada di langit...namun ia tidak selamanya di situ~

Tipulah jika aku kata aku senang dengan itu semua. Rungutan dan rentetan itu selalu terjadi apabila aku tahu bahawasanya insan lain tak mengerti apa yang aku rasa dan perasaan aku. aku tidak meminta sesuatu yang berat ataupun besar. Adakalanya aku mula letih dengan segalanya. Aku mula keluar dari keadaan itu. Tapi aku tidak mampu. Aku cuba untuk lari. Tapi sampai bila aku mampu untuk teruskan. Walau berat dan sukar keadaan itu, aku tetap hadapi sendirian. Benar ada orang kata yang aku bukan sebenarnya sendirian. Sesungguhnya tiada yang ramai itu tahu apa sebenarnya perasaan aku, apa yang ada dilubuk hati aku. Di luaran aku memang berteman, namun dalaman aku tetap sunyi dan sendiri. Aku juga tertanya, apakah sukar untuk mereka memahami aku? atau aku yang tak tahu meluahkan rasa hati aku? aku tak menjangka yang orang akan tahu apa yang ada pada aku seperti mana yang aku tahu pada mereka. tiada balasan yang aku minta. Hanya keikhlasan dan kejujuran dalam sebuah perhubungan. Memahami diri aku sudah mencukupi untuk itu. 


Aku tahu bukan mudah untuk jujur. Bukan kita tidak mahu untuk jujur atau pun tidak mampu berlaku jujur, tapi disebabkan kejujuran keadaan akan berubah secara mendadak. Jika perubahan itu yang baik terhadap semua pihak, ia adalah sepatutnya. Tapi adakah adil bagi seseorang itu berlaku jujur dengan perkara baik dan akhirnya mendapat sesuatu yang buruk dari pihak lain? Itu sungguh tidak adil bagi aku. Jika ia adalah perkara yang tidak elok, aku boleh terima untuk lakukan itu. Jika tidak, untuk apa berlaku jujur jika kita tahu yang akhirnya kita yang derita. Kejujuran adalah sesuatu yang paling besar dan sukar di lakukan oleh setiap manusia. Aku percaya kita tahu hakikat keatas kejujuran itu. Nak berlaku jujur sememangnya sukar dan janganlah menyukarkan lagi keadaan orang itu untuk hadapi waktu seterusnya. Aku tahu yang bukan mudah untuk menerima kejujuran yang menganggu perasaan dan fikiran kita. Namun fikirkanlah lebih baik seseorang itu jujur dengan kita dari akan digelarkan khianat, tidak jujur, pembohong, penipu dan sebagainya apabila ia terbuka di depan mata kita. Sesungguhnya bukan mudah menjadi orang yang jujur kerna ia harus memikirkan tentang dirinya, orang lain, keadaan itu, balasannya, dan banyak lagi. Malas untuk mengambil keputusan untuk menyatakan kejujuran bukan mudah seperti yang dikatakan. Keadaan diri dalam mengawal keadaan dan memperbaiki keadaan itu bukan mudah sama sekali.

Ego adalah perkataan yang sungguh aku tak suka untuk dengar apatah lagi untuk fikirkan. Aku mula muak dengan ego manusia ini. Entah kenapa aku boleh hilangkan ego aku untuk kepentingan diri aku dan orang lain. Adakah sukar untuk lakukan itu semua? Tanyalah pada diri sendiri. Ego bukan berkaitan prinsip dan pendirian. Aku tetap ada prinsip dan pendirian hidup. Aku pegang prinsip aku sampai bila-bila. Namun ego tak pernah aku jadikan sebagai penghalang dalam sesuatu. Aku tahu ego bukan sesuatu yang sepatutnya kita gunakan.

3 comments:

  1. Salam Izzati..

    Sahabatku, ditengah perih, sakit dan terluka mengarungi samudra kehidupan, terhempas badai dan gelombang. Kunci untuk kuat & kukuh mengarungi samudra kehidupan adalah iman & takwa anda kpd Allah. Jika anda kehilangan keinginan untuk hidup, maka anda tidak akan selamat. "Janganlah kamu bersikap lemah & jangan pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman." (QS. Ali-Imran : 139)

    Ambil masa dan renungkan segala yang telah berlaku dalam hidup moga dapat muhasabah diri dan usah peduli perbuatan orang lain kerana kita tidak upaya untuk mengajarnya atau menyuruhnya mengikut kehendak kita sendiri.. Itu terpulang kepada mereka untuk sedar dan terima dan melakukan perubahan diri mereka sendiri...
    Salam sayang...

    - reeneszniy -

    ReplyDelete
  2. moga telah jumpai apa yg diidamkan

    ReplyDelete
  3. saya akan penuhi ruangan tersebut

    ReplyDelete