Tuesday, October 25, 2011

Kenapa begini

Kadang-kadang kamu bising tengok aku degil, nakal, begitu jugak aku.
Kadang-kadang kamu fikir aku bakal mencari yang lain.
Kamu kata kamu takut aku hilang pada dia.
Tapi kamu perlu tahu, dalam hati aku hanya ada kamu.
Kamu takut aku menoleh pada kenangan lalu.
Kamu perlu tahu, kalau pun aku menoleh ke belakang, aku hanya mahu mempelajari sesuatu.
Bukan untuk menagih cinta dia dan menyuburkan kenangan lama.
Kalaulah kamu boleh lihat hati aku.
Kalaulah cukup dengan semua yang di lalui.
Aku harap kamu sedar apa yang aku maksudkan.
Tiada yang dapat mengubati saat ini.
Usaha terakhir sudah hampir tiba ke garisan yang tidak diketahui panjangnya.
Tiada istilah sakit lagi. Tiada.
 

 
Nota kaki: Dunia semakin kaku dan celaru..Ya Allah uijan sebegini harus aku tempuhi lagi.

1 comment: