Wednesday, October 26, 2011

Monolog sepi dalam hujan...

Kadang-kadang seseorang itu akan kuat pada pandangan manusia lain,
tapi tiada siapa tahu apa yang ada dalam hatinya.

Yang tahu segalanya apa yang terzahir dan tidak,
hanyalah ALLAh Ta’ala, Pencipta Yang Maha Agung.


Aku melihat rintik demi rintik hujan yang turun,
mendungnya cuaca, semendung senandung dalam jiwa,
gelapnya awan, segelap rasa yang ditelan tidak diluah,
akhirnya menunggu saat dan ketika untuk dicurah.

Aku memandang kosong kanvas kehidupan,
kelmarin, sungguh ada yang menyakitkan jiwa,
tidak terperi lukanya hati yang ditusuk lagi dan lagi,
tapi aku tekad untuk menyembuhkannya,
walau aku masih dalam fasa berusaha untuk itu.
Aku bukan peluah yang baik kepada diri sendiri,
sebab itu aku berkomunikasi dengan rasa kesedihan,
rasa sensitif dan rasa amarah yang tertahan kerana kasih,
kerana aku pernah merasai apabila,
semua rasa itu, dihambur keluar, empunya diri tidak akan,
mengenal diri sebaliknya menjadi orang lain.

Aku menjerit sekuat-kuat hati,
sehingga merasa anak tekakku sedang terseksa,
ah! aku lega sekarang, aku lega sekarang,
terima kasih Tuhan atas kesudianmu mendengar segala rintih,
rintih yang tidak mengira bagaimana rupanya,
untuk kembali kepada-Mu.

Ku tilik jam di tangan kanan,
aku mendongak lagi sekali ke langit,
kali ini rintik demi rintik tadi itu bertukar deras,
seakan-akan menyuruhku pulang,
kerana sudah tercapai hajat dihatiku menjerit sekuat hati.

Aku berjalan; akhirnya hujan menyirami bumi,
di dalam kehujanan aku menangis semahunya,
duhai karat di dalam jiwa yang mengundang binasa,
pergilah kau keluar dari dalam jiwa ku yang kecil itu,
pergi bersama airmata yang mengalir bersama titisan hujan.

Nota kaki: Pergilah mengalir bersama titisan hujan~

6 comments:

  1. Doa ku senangtiasa mengiringi mu,

    wasalam
    Pria Fantasia

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Ones Tres sayang...

    ReplyDelete
  3. moga kembalinya saya
    saya tak dipandang lagi

    ReplyDelete
  4. pandang la di belakang sy
    moga ada tirisan utk kegembiraan kamu
    sy dh x pnya apa2 lg
    talian hayat sy makin hari makin luput

    ReplyDelete
  5. Siapakah yang mampu memisahkan?

    ReplyDelete