Friday, October 21, 2011

Sarkastik diri

Senyum.
Ambil kain dan kesat air mata yang sedang mengalir keluar dari tubir mata itu. Jangan menangisi seseorang yang tidak langsung layak ditangisi. Kalau perlu menangis untuk melepaskan kesakitan sekalipun, berpadalah. Tidak mahu sampai bengkak mata, bengkak jiwa melihatkan orang yang dilepaskan itu bahagia. Biarlah dia dengan manusia yang dia cinta. Yang kita-kita ini, mulakan sahaja sesuatu yang baru ya?
Pelukan maya.
Nah!
 
 
 
Senyum lagi.
Jangan pernah menangis lagi disebabkan kesakitan itu tidak akan dapat diubati jika terus dilayan dengan sepenuh hati. Fikirkan benda lain boleh? Bila dia yang dikehendaki tiada di sisi, kadangkala boleh hilang nyawa diri. Jangan ketawa sebab dia sedang menangis.
Jangan tertawa.
Jangan!
 
Dia pernah peluk kamu.
Kamu pernah peluk dia.
Tapi antara kita tidak pernah berpelukan.
Mungkinkah kerana kita fikirkan masa bakal menunggu kita?
Bodoh!
 
Penipu!
Pendusta!
Pembohong!
Kamu kata kamu sudah belajar semua itu sejak dipangkuan bonda kamu.
Kenapa bukan saat dipegang oleh pengamal perubatan?
Jangan salahkan keluarga!
 
Hati selalu berasa runsing jika melihat langit sebelum keluar setiap pagi.
Adakah ini langit yang sama sedang ditatap oleh dia?
Adakah saat ini langit itu bakal membawa bahagia atau sengsara?
 
Selalu terfikir wajarkah membawa payung atau tidak?
Sebenarnya hati dan minda sudah lama mengetahui iaitu tetap akan membawa payung...
Mungkin kerana inilah, payung yang aku fikir membawa kebahagiaan dan kemenangan adalah beban yang lebih berat dari sangkaan aku.
 
Senyum.
Ini cuma cebisan coretan biasa-biasa sahaja.
 
Nota Kaki :
1. Alhamdulillah, teman itu sudah selamat tiba. Eh, nak nombor telefon mak boleh tak cik muncitt? :)
2. Ada sesuatu menganggu kepala aku sekarang ini. Berkaitan kerja sebenarnya.
 
**Sekalipun kamu dilukai, teruskan hidup ini. Mungkin kamu akan menyedari bahawa sebenarnya kamu tidak berseorangan dan masih banyak peluang menanti**

1 comment:

  1. Terlalu sukar untuk diriku mendekati mu kerna pada firasatku kau milik seseorang, walau pun kucuba tapi aku yakin diriku hanya bersandiwara mengatakan yang dikau tidak berpunya tapi yang mana satu harus ku percaya firasatku atau cerita mu wahai sigadis genit yang tabah dengan berbagai dugaan. Aku sendiri keliru tentang diri ini adakah daku sedang dibuai mimpi untuk terus bersama mu. Entahla ada ketikanya aku takut dibuai perasan kerana bagiku aku hanya insan biasa yang entah dimana kelebihanya yang pasti pepatah orang tua-tua ada mengatakan pipit tidak layak terbang seiring dengan enggang. Tapi aku tidak mampu menipu diri ini tentang perasaanku
    pada mu... Wasalam pria fantasia

    ReplyDelete