Thursday, October 6, 2011

Kenali...

Mengenal diri di alam Nur, sampai bersua lah nur Allah dan nur MuhammadYg Ar Rahman Ar Rahim dr roh yang kudus bernama ahmad..mewujudkan sifat Muhammad dengan dipinjamkan zat dan sifat setelah dididik..disempurnakan jasad yang terjadi
Lahirlah setelah dikandung 9bulan 10hari ke bumi..
Seorang hawa bernama Nur Izzati yang bermaksud Cahaya Kekuatanku..
Tangisan pertama memuji kebesaran maha pencipta..
Tangisan yang membuka 10 jari jemarinya yang mengandungi rahsia..
Dan rahsia tetap dalam rahsia..
Zat Allah yang terkandung dalam jasad Muhammad..
"Jangan kau cari Aku dalam geap malam..jangan kau cari Aku pada teriknya siang kerana Aku sentiasa ada dalam kamu, di sisi kamu"..

Hmmm jangan asyik sangat mimpi yang lara..
Kena asal kenal "di wadi mani manikam" nak kenal pencipta alam..
Kenal pencipta alam..
Kenal diri dulu..
Bertafakur seketika..
Renung dalam hati..
Dengar hati bertanya akal..
Siapa aku ini..
Tanya dengan penuh rasa keinsafan..

Sesungguhnya janji Allah itu benar, dan suatu waktu hamba yang dijadikan-Nya akan berkubur jua. Tiada lagi kehebatan dunia, sebaliknya kematian itulah kenyataan, kenyataan yang sering dilupai hamba yang bergelar insan. Astaghfirullah.

Nota kaki:

Saya menulis babak muhasabah ini di sini dengan harapan yang sederhana. Sangat sederhana. Semoga kita lebih mengingati-Nya setelah banyak dosa yang kita lakukan.

Saya menulis babak muhasabah ini di sini bukan kerana sudah mampu mengingati-Nya dengan sempurna, tetapi kerana berharap agar catatan sederhana ini terhitung sebagai langkah untuk saya mendekati-Nya. Sungguh, saya sangat terkesan dengan luahannya.  Terima kasih ya, dari jauh di akhir perbincangan Budget 2012, Kompleks Kerajaan Putrajaya.. :)

2 comments: