Lena dibuai mimpi
Perjalanan mengembara satu
dimensi yang tidak bertepi.
Tapi aku tahu kau bernaung
dalam rimbunan diri.
Tersimpan rapi dalam kamar
hati.
Bisikan kasih sayang menjadi suntikan yang paling ampuh.
Kau tidak memanjakan seperti
yang ku mimpikan.
Kerana kau punya cara
tersendiri untuk meluahkan.
Dan ia lebih hebat dari apa
yang menjadi impian.
Kau wajah kesayangan.
Cinta ibarat manisan berwarna warni.
Pelbagai percikan meliputi
laluan yang dipilih.
Kita senyum dan gunakan
semuanya mewarnai kanvas indah.
Hiasi megah sebuah takhta.
Untuk diduduki bersama.
Susun atur taman bahagia.
Manis.
Kita telan satu persatu.
Perlahan sambil renung masa
depan bersama.
Jiwa bertaut, cinta bersatu.
Tangan belum mampu mampu
menggapai.
Namun kasih subur dan
semakin utuh.
Pahit.
Kita mamah sendirian.
Kongsi segala kepahitan
sambil sadur rasa manis dalam minda.
Yakin pahit itu ubat kepada
manis.
Percaya kepahitan pasti akan
sirna.
Dugaan itu warna simpang
kiri empayar kita.
Pahit itu kita telan.
Wajah ukir senyuman.
Bisikan lembut.
Aku cinta kau.
Kekang tubir mata dari
mengalirkan air mata.
Tidak, bukan sebab
kesedihan.
Terharu dalam doa yang
dititip buat Tuhan.
Perasaan ini bukan satu
seksa.
Ini kiriman bahagia dari
Yang Maha Esa.
Dan aku bertuah memiliki
engkau Jiwa.
Pahit, manis itu kita yang
rasa.
Warkah aku titipkan pada
bayu.
Moga ditiupkan ke dalam
dada.
Seorang insan yang aku gelar
Jiwa.
Doa buat sang pencinta.
Moga sentiasa dalam rahmat
dan kasih sayangNya.
Sayang, mahu hadam manisan lagi?
Nur Izzati Shafii
********
Coretan hati yang entah boleh dianggap puisi atau apa. Sebagai
satu ekspresi diri dalam meladeni kehidupan yang semakin dewasa. Bangun pagi
tadi ternampak sesuatu yang sungguh mengusik hati dan lahirlah coretan ini.
Buat yang tidak menyukai, maaf aku hulurkan buat semua. Buat yang menyenangi,
ini sahaja titipan rasa seorang insan buat dia yang istimewa. Jangan ditebak
siapa dia kerana dia tetap rahsia kejap lipatan rasa.
Nota kaki :
1. Aku mungkin tidak pandai mengatur kata dalam memberikan yang
terbaik buat dia.
2. Petang ini bakal menyusun adik2 kecil yg dah dewasa dan aku
berdoa moga aku punya ketahanan.
3. Kirim rindu dan cinta buat dia dalam setiap doa yang aku
panjatkan buat Yang Maha Esa.
4. Tidak lupa juga buat kalian, teman-teman yang sentiasa
bersama.
Nota kaki : Keindahan yang Allah pinjamkan buat aku adalah
anugerah terbaik untuk aku terus kehadapan dan maju dalam mencerna hidup
sebagai seorang insan. Mengerti yang amat bahawa tidak semua orang bakal
menyukai kita. Tidak mengapa, aku berdoa biar sebahagian yang kecil itu bakal
menemui bahagia yang mereka cipta dalam mencerca.
Salam Untuk Panduan Izzati... Baca betul2 dan hayati...
ReplyDeleteUntuk Peringatan
♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
~ALLAH knows BESt!~♥
* Hanya nasihat untuk ketenangan rohani & jiwa*
- reeneszniy -
Ketenangan bila dapat mendengar,
ReplyDeleteKegembiraan jelas terpaut diwajah ku tatkala membaca masage penuh bermakna dari mu. Hikhikhikhik