Friday, October 14, 2011

Perjalanan kehidupan...

Cuaca mendung selepas hujan membasahi bumi.
Dingin menyelubungi waktu-waktu sunyi di sini.
Sejuk mencengkam walaupun tidaklah seperti dihujani salju.
Pandang langit, hanya ada percikan kelabu.
Senyum tanpa rasa pilu.
Beku.

Menjalani kehidupan sendirian bukanlah satu dugaan, bahkan ia adalah satu cabaran sama ada kau mampu untuk bertahan dan melawan pelbagai jenis ujian yang mendatang. Bukan sesuatu yang tidak menyenangkan, bahkan ia sebenarnya memberikan kelebihan apabila apa yang kita fikirkan menjadi lebih matang dan penuh keyakinan. Aku juga masih lagi sendirian walaupun hakikatnya aku harfiahnya sudah berteman.
Senyum.

Jadi, apabila kau meraung dan menangis pada aku, kesakitan hidup sendirian setelah sekian lama berteman, aku cuma mahu kau tahu kawan, yang aku pernah melalui saat begitu. Saat keseorangan dan peluk dinding dingin bukanlah benda asing bagi aku. Ah, sekarang ini mungkin lebih baik kerana aku gemar peluk mainan berbulu, patung-patung beruang beku.
Senyumlah.

Ukirkan secangkir senyuman di bibir manis itu.
Hidup tidak selamanya indah, tetapi bila ujian melanda, aku dengan pasti tahu bahawa kita perlu tabah. Bahkan, dengan senyuman itu, kekuatan mampu dikumpul dan tenaga mampu disimpan semula. Kalau mahu menangis sekalipun, ketahuilah, air mata yang mengalir itu akan jadi kekuatan suatu hari nanti. Lepaskan segalanya dan bangkit semula.
Senyum.
Aku faham betapa sakitnya.
Aku mengerti kepiluan hati yang kau rasa.
Aku menyedari kekeliruan dan kekecewaan yang melanda.
Cuma, aku mahu kau kuat dan ceria semula.
Senyumlah, ukir lagi bahagia.
Darah merah tidak sempurna.
Tanpa sistem aliran rangsang tenaga.
Ukir bentuk hati dalam marga.

Kawan : Guruh berdentum di langit, belum tentu hujankan turun.
Aku : Sama macam tempat cik temoxx juga.
Kawan : Cik muncitt dah tiada matahari sendiri.
Aku : Bukan cik muncitt seorang sahaja kehilangan.
Kawan : Bahkan cik temoxx rasa keseorangan.
Aku : Siapa yang tidak pernah punya rasa itu? Semua orang rasa.
Kawan : Tidak seteruk cik temoxx barangkali.
Aku : Penerimaan orang lain-lain. Mungkin cik muncitt rasa cik muncitt teruk, hakikatnya ada orang lebih teruk di luar sana.
Kawan : Hati cik muncitt sejuk. Nak jadi manusia beku macam cik temoxx boleh?
Aku : Kenapa?
Kawan : Cik temoxx boleh ketawa bila cik temoxx marah, cik temoxx mampu ukir senyuman walaupun cik temoxx sedih dan kecewa. Cik muncitt nak begitu, biar cik muncitt tidak menangis bila dikhianati sekali lagi.
Aku : Percayalah cakap cik temoxx. Cik muncitt takkan mahu jadi macam cik temoxx.
Kawan : Cik muncitt nak.
Aku : Susah untuk kembali kepada diri sendiri kalau cik muncitt memilih jadi beku.
Dia : Kenapa?
Aku: (senyum) Percayalah.  Cik muncitt akan hilang diri dan rugi waktu.

Hati aku sendiri ibarat sekeping kaca.
Pernah dicalar, jatuh terhempas hingga hampir pecah segala.
Tapi aku percaya suatu perkara.
Kalau aku tidak paksa diri untuk kuat, siapa yang akan menjaga aku untuk terus senyum suka?
Kalaulah sekeping kaca ini dirosakkan lagi, aku tahu akan luka.
Bukan aku seorang, tetapi orang disekeliling aku juga.
Maka, tabahkan hati dan terus usaha.

Teman, aku nak kau tahu suatu benda.
Hidup ini belum tiba saat penghujungnya.
Sampai Allah cabut nyawa.
Teman akan jumpa alasan untuk senyum semula.
Teruskan berjalan atas dunia yang fana.
Sebab kau dan aku tahu, di hujungnya bakal punya laluan bahagia.
Mungkin bukan hari ini, esok atau lusa.
Tapi nanti suatu masa.
Senyum ya?

Nota Kaki :
1. Hari ini terbeli sesuatu untuk diri untuk hadiah hari lahir sendiri…ucapan tahniah untuk diri
2. Tidak semua perkara memerlukan alasan sebenarnya. Manusia mencari alasan hanya kerana mahu perkara yang dilakukan punya asas dan suatu sandaran semata-mata. Perlukah kau cari alasan untuk terus bernafas dan bernyawa saat ini?

1 comment:

  1. Salam Buat Izzati...

    Didalam mimpi kau bisa berbuat apa saja,
    Didalam mimpi kau berjiwa merdeka,
    Didalam mimpi kau tiada dosa tiada pahala,
    Cuma didalam mimpi ianya hanya seketika.
    Hidup tak bisa kau berbuat sesukamu,
    Hidup dikandung undang-undang dan hukum,
    Hidup kau beroleh dosa dan pahala,
    Kerana hidupmu akan membawa keakhirat untuk selamanya.

    Bicara tentang CINTA..
    Cinta itu seperti kupu-kupu. Tambah dikejar, tambah lari.
    Tapi kalau dibiarkan terbang,
    terkadang dia akan datang di saat
    kamu tidak mengharapkannya.

    Cinta dapat membuatmu bahagia tapi sering juga buat sedih.
    Jadi jangan terburu-buru dan pilihlah yang terbaik.
    Cinta bukan bagaimana menjadi pasangan yang "sempurna" bagi seseorang.

    Tapi bagaimana menemukan
    seseorang yang dapat membantu dan menerimamu menjadi dirimu sendiri bukan menjadi apa dan bagaimana
    yang pasanganmu inginkan..

    JIWA yang penuh kasih sayang akan melahirkan seorang PENGASIH . JIWA yang di bangun dengan kekentalan akan membentuk seorang JUARA. JIWA yang terasuk dengan pengorbanan akan membina seorang PEJUANG. JIWA yang terisi ilmu bermanfaat akan menemani seorang PEMIKIR. JIWA yang sentiasa kuat tidak akan membenci episod kegagalan kerana ianya adalah sebahagian daripada pengalaman sebuah kehidupan. JIWA yang sering berkecai akan MEMADAMKAN seri WAJAH. JIWA yang kekontangan kasih akan terasa sakit bila melihat KASIH SAYANG. JIWA yang lemah akan senang MENGALAH. JIWA yang rosak akan sentiasa buruk sangka pada takdir andai di timpa kegagalan atau musibah.

    - reeneszniy -

    ReplyDelete