Hati yang kosong dan tidak bermatlamat hanya menjadi seperti orang gila
yang berjalan tanpa sepat dan bermonolog.
Dirinya hanya dipandu nafsu, syaitan dan manusia yang bermuka-muka. Bukankah Allah menjadikan bumi seperti
haparan untuk kita mengembara seluruh pelusuk dunia dan menikmati segala rezeki
yang diberikan oleh NYA. Tapi ingat
sejauh mana pun kita berjalan dan sepenuh mana pun nikmat yang dikaut, akhirnya
adalah dihadapan Allah Azza Wa Jalla – Surah Al Mulk, ayat 14
Setiap hari kita di berhadapan dengan pelbagai masalah. Masalah ini yang buat kita pening untuk meneruskan hari-hari seterusnya. Tapi kita lupa dugaan yang tiba, hadiah dari Allah Ta’ala pada hamba-Nya. Kita lah hamba-Nya. Adakah kita tidak Redha dengan ujian dari-Nya? dan kita terlupa kita adalah hamba pada yang MAHA Esa?
Seperti di entri yang lalu, jodoh dan kehidupan ibarat bayang-bayang kita sendiri. Sentiasa ada dekat dengan diri kita. Sampai masa, ianya akan bercantum juga menjadi satu. Begitulah juga simboliknya perkahwinan dan jodoh di mata saya. Bagaimana mahu kita bentukkan bayang-bayang tersebut, bergantung pada gerak-geri kita sendiri. Ameen Ya Rabb.
Hidup ini mungkin terlalu mudah jika kita sentiasa meneliti segala-segalanya. Setiap apa yang menjadi tatapan mata, dinilai sehalus-halusnya, buat dijadikan pedoman hidup sepanjang masa. Bagi mereka yang menganggap kehidupan ini merupakan suatu kesulitan, mungkin parut luka lama membuatkan mereka jadi sebegini. Hidup terlalu berhati-hati, menjadi sumber inspirasi dan prinsip kehidupan peribadi.
Inilah realitinya. Ini jugalah yang mewarnai kehidupan manusia sepanjang hayat. Untuk menjadi seorang pemenang, haruslah didahului dengan usaha. Untuk menjadi seorang yang berjaya, harus melalui liku-liku kesusahan untuk meraih kesenangan. Bagaimana dengan Cinta? Apa kaitannya dengan apa yang di atas? Persoalan cinta juga merupakan salah satu dimensi yang semua daripada kita akan tempuhi. Tidak kira tua atau muda, cacat atau sempurna sifatnya, bila tiba masanya, perasaan itu pasti akan hadir juga. Dengan izin Allah yang Maha Berkuasa.
Buat teman yang sedang mencari sinar dalam kehidupan, percayalah bahawa aturan kehidupan kita telah ditetapkan. Oleh itu tetapkan hati mu teman untuk terus mencari sebuah sinar yang pasti bersinar untuk mu.
Kenal atau tidak, itu bukan ukuran hidup yang sebenar yang perlu kita sukat dalam seharian kita. Yang penting perasaan ingin mencuba bila hati terbuka untuk mengetahui dia dengan lebih dekat lagi. Itu lah yang di namakan proses mencari keserasian. Perasaan sayang, rindu, dan cemburu jadi mainan bila bertemu dengan si dia.
Chill ya teman...
No comments:
Post a Comment