Semalam
aku kelukaan,
Kecewa
kehampaan,
Mencalar
ketabahan,
Impian
seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak
kesampaian,
Allah…
Inginku
hentikan langkah ini
Bagaikan
tak mampu untuk ku bertahan
Semangat
tenggelam lemah daya,
Haruskah
aku mengelamun jiwa
Ku
berbisik inilah dugaan
Hidup adalah ujian. Maka,
jangan letih, jangan mengeluh. Jangan pernah terfikir untuk berputus asa. Ujian
itu sekolah kehidupan. Sekali tersungkur bukan bermakna kita diciptakan untuk
tersungkur selama-lamanya. Tetapi, biarlah sekali itu cukup untuk memberikan
kita satu pengajaran yang benar-benar terkesan dalam diri dan hati kita. Sekali
kita kecewa bukan bermakna kita kecewa selama-lamanya. Cukuplah kecewa yang
sekali itu dan tukarkanlah ia menjadi sebuah kegembiraan suatu hari nanti.
Memang, apabila kita sedang
jatuh bersama masalah yang kita fikir sangat memberati kita, kita tidak mampu
melihat masa hadapan. Kita hanya nampak kegelapan dan kesuraman. Percayalah,
ada sinar di hadapan kita. Malah kita menyangkakan ianya sebuah pengakhiran
tetapi sebenarnya ia adalah sebuah permulaan. Permulaan kehidupan yang lebih
baik.
Ya, kita mungkin ada masa
silam namun kita juga masih punya masa hadapan. Jangan kita gelapkan masa
hadapan hanya kerana masa silam. Cerahkan ia, jadikan masa silam itu sebagai
pencerahan masa hadapan. Dan, jangan pernah menuding jari pada Dia, jangan
pernah mahu menyalahkan dia. Kenapa, kenapa dan kenapa. Stop asking. Berhenti
bertanya, kerana kita hanyalah hamba-Nya yang sememangnya layak diuji. Kita
tidak layak bertanya.
Terubatlah hati dengan
ayat-ayat Allah. Gembiralah hati-hati yang pilu. Bahagialah mereka yang dipilih
Allah untuk merasai ujian kerana
Allah menyayangi dan
mencintai kita maka Dia tidak mahu membiarkan kita dalam kesesatan lagi.
Cukuplah sekali dua kita
jauh dan jauh dan Allah tidak ingin membiarkan kita semakin jauh lagi. Maka,
jangan tuding jari pada Allah berkata Dia tidak adil kepada kehidupan kita. Dia
Maha Adil dan Maha Bijaksana merancang kehidupan kita. Percayalah, Dia punya
sebab tersendiri. Dia tidak akan membebani kita dengan ujian yang tidak
tertanggung oleh kita.
Dan
langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan
Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta
Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan
Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta
Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu
Nota kaki: Dia maha tahu segalanya...
No comments:
Post a Comment