Menaip dengan teknik kesedihan. aku tahu masih banyak yang perlu aku tempuhi
untuk menemui bahagia. kesedihan ini seharusnya aku anggap sebagai dugaan. hidup
mana yang tiada dugaan dan cabaran.
Hidup sememangnya penuh dengan
warna-warni. cerah gelap telah ditentukan. bersama atau berpisah semua telah
diatur. kita manusia hanya merancang, punya kuasa yang maha hebat ialah Sang
Pencipta. segalanya telah diaudit di luh mahfuz.
Dalam usaha mencari
haluan hidup ini, apa saja bisa terjadi tanpa diduga. bersabar.. besar sungguh
makna perkataan ini. biar terpisah dengan jarak. biar terpisah dengan apa jua.
aku tetap yakin akan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. pasti ada hikmah
di sebalik segalanya..]
okeh.. cukup! usah bersedih
melampau-lampau.
Kepada anda yang masih dirundung kesedihan,
bersabarlah.. segala yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. semoga kita
beroleh kejayaan di dunia dan akhirat berkat kesabaran yang tinggi.. senyum
selalu =) [aku pun cam berat je nak senyum ni. hahaha..]
"Usah tangisi
perpisahan kerana bersamanya jutaan hikmah yang engkau belum
ketahui"
Pantun Perpisahan
Bila sekali kita gagal
teruskan
usaha untuk kemenangan
jangan diucap selamat tinggal
kerana ia satu
keperitan
Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman
diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi satu
memori
Teresak-esak menahan kesakitan
ambil panadol untuk
hilangkan
Walau perpisahan satu keperitan
mudah-mudahan dapat
memantangkan
Bertemu berpisah lumrah alam
menjadi memori kenangan
silam
janganlah diri merasa kelam
kerana perpisahan hidupmu
suram
Menangis hiba dalam kesayuan
mengenang nasib terbuang di
perantauan
andai ditakdirkan berakhirnya pertemuaan
redhalah menerima
kerana itulah suratan
Jalan berlenggang sigadis sunti
berbaju kebaya
cantik dan seksi
patah tumbuh hilang berganti
cari yg lain janganlah
sangsi
Nota kaki: Ku lihat ke luar tingkap..sayup-sayup kedengaran suara hati merintih memujuk aku untuk terus tersenyum... Izzati mesti senyum selalu ye, itu pesan mama and ayah walau dalam apa jua keadaan... susah, senang, sedih dan sebagainya... terima kasih semua kerana mampu buat Izzati masih tersenyum.
No comments:
Post a Comment