Tidak.
Sebenarnya terlampau banyak benda berlaku dalam masa sehari.
Tidak.
Kenyataannya, dalam beberapa jam sahaja banyak yang terjadi.
Itu fakta.
"Setitis airmata
menyatukan aku dengan mereka yang patah hati. Seulas senyum menjadi sebuah
tanda kebahagiaan ku dalam keberadaan. Aku merasa lebih baik jika aku mati
dalam hasrat dan kerinduan dari jika aku hidup menjemukan dan putus asa."
(Kahlil Gibran)
(Kahlil Gibran)
Sesuatu yang aku sangat pasti sejak kebelakangan ini adalah
terlampau banyak benda yang mahu dipersembahkan demi memenuhi keperluan manusia
lain di sisi. Aneh sebenarnya jika difikirkan, kerana itu kebiasaannya menjadi
perkara terakhir yang aku mahu lakukan memandangkan setiap kehendak manusia
adalah berbeza.
Dan yang lebih anehnya, benda yang tidak ada kena mengena dengan
aku dikaitkan dan disampaikan dengan tujuan yang aku sendiri tidak mengerti.
Aku manusia yang memilih untuk kekal diam dan hidup dalam dunia aku sendiri
asalkan segala kebahagiaan aku tidak kau renggut dengan kata nista ataupun
perbuatan durjana. Aku masih lagi kuat untuk menyeka air mata kalau itu
pertahanan terakhir yang ampuh.
Tatkala memejamkan mata, yang aku lihat hanya karya seorang
hamba yang merajai sebuah takhta di sebalik desiran pasir pantai pukulan ombak
manja. Mungkinkah epilog bahagia bakal menerjah sebuah pawana usang milik
bersama, itu tautan jiwa yang tahu dan rasa. Senyuman terukir bukan satu
enigma.
Senyum.
Ukir wajah.
Letak warna.
Ceria.
Muram.
Bibir melengkung.
Wajah suram.
Duka.
Bicara.
Manis, ayuh jamah semua.
Pahit, telan seorang, cicip bersama.
Masin, tuang laju bagi tawar.
Masam, tahan sama, mungkin nanti tukar rasa.
Ketawa.
Biar besar-besar, kuat-kuat.
Tangis.
Biar perlahan-lahan, teresak-esak.
Senyum.
Biar lebar-lebar, pastikan ikhlas.
Mendung, pinggir ke tepi.
Harapan palsu sebab diri masih rindu matahari.
Pasti.
Ukir wajah.
Letak warna.
Ceria.
Muram.
Bibir melengkung.
Wajah suram.
Duka.
Bicara.
Manis, ayuh jamah semua.
Pahit, telan seorang, cicip bersama.
Masin, tuang laju bagi tawar.
Masam, tahan sama, mungkin nanti tukar rasa.
Ketawa.
Biar besar-besar, kuat-kuat.
Tangis.
Biar perlahan-lahan, teresak-esak.
Senyum.
Biar lebar-lebar, pastikan ikhlas.
Mendung, pinggir ke tepi.
Harapan palsu sebab diri masih rindu matahari.
Pasti.
Menelaah setiap runut buat jiwa kacau. Membaca setiap bait di “akuepigoni”
buat diri semakin keliru. Hadam dalam rongga, pasak tiang neraca, kulum segala
derita. Kalau ini puncak bahagia, pasti akan didaki dan terus didakap penuh
luka. Tangan paut erat sendirian, walaupun dilempar kata celaka. Diam pembunuh
jiwa!
Selamat datang
kebahagiaan.
Selamat datang kegembiraan.
Selamat datang kasih
sayang.
Selamat datang generasi
akan datang.
Di sebalik kegembiraan orang lain bersama dengan manusia yang
mereka cintai sepenuh hati dan jiwa serta meneruskan legasi perhubungan,
ternyata bukan mudah untuk mengekang nafas manusia yang masih tegar membunuh
dengan kata-kata tajam yang tiada makna. Hati kena kental. Jiwa kena tabah.
Tapi itulah, sekuat mana pun hati manusia, calar dan kesan yang ditinggalkan
itu masih lagi membunuh sebenarnya.
I : Tengok tu, umur 19
dah kahwin.
II : Ni yang umur 27
lebih pun tak ada nak kahwin lagi.
I : Entah menunggu siapa
agaknya.
II : Kalau ada yang
ditunggulah.
I : Kalau tak ada, boleh
masuk kumpulan lanjut usia.
II : Orang umur 27 lebih
dah mula kelek anak.
I : Sibuk kerja sangat,
lupa nak fikir masa depan nak berumahtangga la.
II : Banyak duit kalau
tak ada keluarga nak buat apa?
**nak makan aiskrim dah lama dgn dia...ini mmg favvy kuu**
Percayalah.
Kalau boleh membunuh tanpa dapat dikesan dan ditangkap, mungkin
lauk ayam goreng sudah bermandi darah manusia. Itu sahaja.
Nota Kaki :
Diam bukan tanda aku terima segala yang kau lungsurkan pada jiwa
seorang hamba.
Letakkan semua benda yang menyebabkan kita sedih ke tepi dan
ingat segala yang menggembirakan. Lupakan segala masalah dan hargai segala
nikmat yang ada.
tahniah wat sidia yg bakal dpt mkn aiscream cedap tu....hummm saya nk g beli mcd cejuk je lah..tu je yg bole di mkn wat alas perut nih....lapoooooooooo jiwe..
ReplyDelete