Tuesday, October 18, 2011

Tegarkah

"Adakah ini takdir kita?"
"Entah, aku fikir ini hanya sebuah dongengan sepi"
"Tapi ikatan yang kita simpulkan hari ini?"
"Aku mungkin akan anggapnya sebagai sebuah memori dalam menjalani kehidupan yang hakiki"
"Benar begitu yang awak rasa?"
 
Ego itu selalunya suatu yang menjadi pemusnah. Jari bertaut, keadaan sunyi sepi. Debaran menjadi nyanyian dalam hati.
 
Tuhan! Adakah daerah sepi telah dapat aku takluki? Adakah kasih sayang yang aku rasai dalam jiwa turut dikongsi oleh gadis ini? Besar rasa paru-paru doktor muda, kerongkong dibasahi udara basah bahagia, tekak dilalui angin manis sebuah cinta.
*******
 
Aku sedang berusaha menyiapkan garapan walaupun kesibukan menghimpit diri ini.
Mencari kasih sayang yang semakin sirna dalam ketakutan aku mengejar sebuah pawana.
Buih-buih luka durjana mahu timbul di tasik hati merah.
Aku mahu randuk kisah kami dengan bicara hati, tidak akan biar sepi mengongsi keutuhan sekeping hati.
Sakit sendirian aku ubatkan dengan semangat titipan seseorang.
 
Bangun, celik mata - aku lihat titipan bahagia.
Tutup mata - aku dilitupi dengan kasih sayang merentas takdir renta.
Terjaga malam - aku diulit mesra kesuciaan sebuah jiwa.
Terbaring kepenatan - aku renung kenangan beku masa.
 
Tegarkah aku terus berjuang menggapai mimpi?
Kuatkan aku membawa tubuh badan yang sudah sakit hampir mati?
Aku gagahkan juga demi sebuah cita murni.
Terbaring di ranjang sepi.
Sendiri.
 


 
Nota kaki : Bangkit dengan senyuman terukir di wajah hari ini. Banyak yang perlu dilunaskan demi memastikan kesinambungan sebuah hati. Sebuah legasi. Senyum dan ukir impian yang dapat diterjah titi.

2 comments:

  1. Biarkan bahasa badan yang menentukan.
    Ego harus dibuang jauh agar tidak dihimpit keresahan yang penting sirna bahagia harus di gapai.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Impian harus dicapai untuk kejayaan dikemudian hari... Bahagia insyallah akan diperolehi dengan kesabaran, keteguhan dan usaha yang tidak mengenal penat.. Insyallah...

    psst* sudah ada yg sudi ka? hahahah... gurauan penghibur diri dikala hati bergundah gulana tidak terperi... hahah

    - reeneszniy -

    ReplyDelete