...Alma & Alya...
...My trip again...
...Snap it me...
Ku cuba tenangkan
diri. Mengorak sebuah ria. Beranggap lancar setiap perjalanan hati. Walau
tersedar ia hanya mimpi disiang hari..
Kembalilah aku kepada keadaan asalku. Hanya aku dan diri aku. Tiada yang lain
selain aku. Jenuh aku cuba mengawal segalanya namun itu bukan dalam kuasa ku.
Hanya kenangkan setiap waktu. Walau berat aku hadapi jua. Ku cuba untuk tidak
dikeluh keadaan itu..
Mengapa sewaktu itu juga yang tak diundang tiba? Bukan itu yang aku mahu.
Sehingga hilang langkah aku. Canggung pergerakan aku. Dihayun tangan kekanan
namun kekiri tujunya. Dihentak kaki ini supaya berbunyi lantai itu. Hanya yang
terdengar jeritan kesakitan..
Tujulah pada jalan
itu. Jangan selalu menoleh padaku. Pergilah pada cahaya itu tanpa aku genggam
erat tangan mu. Percayalah bahawa aku masih seperti dulu. Berdiri dari sini
menghulurkan tangan, berbicara dan memapah bila perlu. Jangan sangsi menyebut
namaku. Kerna aku masih bersamamu..
Tak mungkin aku bersedih jika itu jalannya. Melabuhkan sauh ku mengembangkan
sayapnya. Terbanglah bersama dan jangan biar terjatuh. Dibumi jua aku menanti,
dilangit jua aku mencari. Sebening kasih bak sebiru langit dan sehijau bumi..
Nota kaki: Piccas di atas hanya untuk cucian mata... Alma & Alya kini makin menceriakan kehidupan ku...
No comments:
Post a Comment