Tuesday, October 11, 2011

Satu Ruang..Ilham di awan biru

Bila lagu Satu Ruang yang dinyanyikan oleh Dia Fadilla berkumandang, hati aku mula sayu. Akal dan minda aku melayang dan terjebak terus hati pada filem If Only yang pernah membuat aku menangis dari awal hingga akhirnya cerita.

Ada antara kita mudah mendapatkan cinta. Ada pula perlu berusaha untuk mendapatkannya dan ada pula sekadar meniti dibibir cinta sahaja. Pada aku kasih, sayang dan cinta boleh datang dari aspek yang berbeza. Kasih dan sayang adalah perasaan terbuka dan bukan hanya tertakluk pada had tertentu. Namun dalam cinta perlu ada kasih dan sayang yang begitu ikhlas untuk menjamin setiap yang dikongsi adalah kebaikan bersama. Aku tidak mahu menyentuh soal cinta. Kerna tak semua dalam hidup kita adanya cinta.

Bukan mudah untuk diperkatakan tentang cinta kerna cinta itu tertakluk pada tafsiran setiap individu.

Aku cuma mempersoalkan erti sebuah kasih sayang. Aku percaya dalam setiap naluri individu terwujudnya kasih sayang semulajadi. Kasih sayang tidak terbatas keatas individu lain kerna ia juga ada pada kehidupan lain dimuka bumi ini. Perhitungan sebuah kasih sayang bukan hanya tertakluk pada mereka yang ada dekat dengan kita. Akan tetapi mengapa sebuah kasih sayang yang ikhlas sering dipergunakan dan juga disia-siakan? Apakah salah pada mereka untuk menyayangi mahupun ikhlas menerima kita seadanya?

Dimana letaknya sebuh perasaan sayang sehingga sanggup meletakkan hati insan lain ditempat paling bawah? Hati insan yang sendiri dikasihi. Tak terlintaskah dibenak hati mereka walau sedetik pun apa yang dirasai oleh insan tersebut? Sungguh aku mengerti yang insan itu bukan meminta lebih, hanya sebuah rasa dihargai. Benak ku merasa terkilan bila kasih sayang itu dilemparkan tanpa belas, hanya kerana nafsu, hasad dengki mahupun atas alasan cinta. Memang bukan mudah untuk menyayangi insan lain. Hati jadi pemurah walau berat untuk dikorbankan, diteguhkan hati demi membela kasih sayang tersebut, dan dilukakan hati kerna menjaga sebuah kasih sayang.

Makin hari aku makin sedar tentang peluang dalam sebuah kasih sayang. Semakin hari juga aku menjadi kurang yakin dengan kewujudannya peluang kedua mahupun peluang seterusnya. Benar kita tak mengerti sejauh mana hidup kita akan diteruskan, namun jangan kita menyangka sama sekali yang peluang akan ada untuk kita kelak. Mungkin mudah jika kasih itu hilang sekadar dimata dan dihati. Pernahkah kita terfikir jika hakikatnya tiada lagi peluang untuk kita menyayangi insan tersebut kerna ia hilang dimata dunia?

Aku masih belum bersedia kehilangan kasih sayang dari mereka.

Nota kaki: Ilham ini ku perolehi seperjalanan ku tadi...di awan biru buat aku terpana seketika...rindu, resah, gelisah, semua ada

1 comment:

  1. menggila aku fikir...awan biru? hahaha jauh kamu terbang aaa! aku lamborkemm kamu... mane magnet aku? xkan utang lg deh?

    ReplyDelete