Saturday, October 29, 2011

Beritahu...

Bukan mudah untuk menulis sebenarnya. Kesibukan adalah alasan pertama, tapi saya tetap mencari masa untuk berkongsi sesuatu dengan anda semua. Saya minta maaf andai 'terpoint' mana-mana pihak, atau orang yang pernah memberi satu pengalaman kepada saya, terutamanya. Entah, jujur, saya masih tak dapat memaafkan tapi masih mencuba. Semua itu menyakitkan sebenarnya kerana saya menyimpannya di dalam. Tapi setiap sakit itu ada penawarnya. Alhamdulillah, hati yang beracun sudah diberi ubatnya. Cinta Allah adalah ubatnya dan jika ada ubat-ubat sampingan yang lain pun, itu tetap menjadi kerahsiaan. =) *senyum macam nakal.
 
Untuk apa saya memberitahu? Untuk memberitahu bahawa saya bukanlah sempurna, untuk memberitahu saya juga seperti anda semua. Untuk memberitahu bahawa kita masih berpeluang untuk berubah, untuk memberitahu bahawa Allah itu sentiasa adil dan saksama jika kita sendiri pernah merasakan bahawa hidup ini sungguh unfair! Untuk memberitahu bahawa saya bukanlah manusia yang terbaik untuk menasihati orang. Untuk memberitahu bahawa terkadang bukan mudah untuk menulis sesuatu yang menyakitkan diri sendiri yang dibaca oleh semua orang.....
 
Biarkan diri menangis dalam hujan agar tangisannya tidak kelihatan. Biar hanya Allah yang Maha Mengetahui bukan sahabat handai, biar terpaksa menangis sendiri asalkan manusia sekelilingku kegembiraan. Biar kamu kesesakan tapi kamu tahu bahawa Allah itu ada. Manusia di sekelilingmu tidak mampu membantu kamu sembuh tapi Allah itu ada pengubat segala keracunan hati. Bertahajudlah pada Dia mohon agar dikuatkan hati menerima takdir, bukan semuanya yang kita mahukan akan kita perolehi. Mengadulah pada yang sudi, Ya Rahman, kerana dia punya pelbagai solusi hati. Jadi mengapa mahu menangis sendiri dan merasa sunyi sedangkan engkau punya Allah di hati, Dia tak akan pernah menginggalkan dirimu sendiri di saat ramai manusia meninggalkanmu. Chill~ =D

No comments:

Post a Comment